Skip to main content

Proses Rundingcara Pemutusan Perjanjian dan Penempatan Semula

“Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.”

Al-Jinn 72:6

Istilah “saka” berasal daripada perkataan “pusaka” yang membawa erti Jin-jin atau “khadam” yang telah diambil dengan tujuan untuk membantu di dalam tugasan tertentu, khususnya sebagai penjaga dan pelindung oleh manusia. Akibat daripada perbuatan ini, kesannya akan ditanggung oleh cucu-cicit dan waris mereka yang membuat perjanjian dengan Jin-jin ini untuk menjaga keturunan mereka.

Puteri Nur ialah seorang ahli psikik yang dianugerahkan Allah dengan kebolehan untuk melihat bukan sekadar makhluk ghaib tetapi juga dapat mengetahui atau menangkap nama mereka, asal-usul, umur, jantina, agama dan juga bagaimana mereka diambil. Dengan maklumat ini, proses rundingcara dapat dilaksanakan untuk memutuskan perjanjian di antara makhluk-makhluk ini dengan manusia dan memberikan mereka peluang untuk kembali bebas di alam masing-masing, tanpa perlu berkhidmat kepada manusia lagi.

Proses Pemutusan Perjanjian ini mempunyai beberapa langkah iaitu:

1. Proses diagnosis: imbasan (scan), ruqyah dan pemecahan tapak

2. Proses pembersihan jasad keturunan dan tapak kediaman

3. Proses pemulihan jasad dan tapak kediaman

Proses diagnosis bermula dengan Puteri Nur mengimbas (scan) jasad pesakit sambil pesakit diruqyahkan dengan bacaan manzil. Proses ini membolehkan Puteri Nur mengenalpasti kumpulan-kumpulan Jin yang terlibat, kedudukan mereka di dalam jasad pesakit, bilangan mereka dan siapa ketua mereka. Setelah ketua kumpulan jin ini dapat dikenalpasti, proses rundingcara akan dimulakan. Puteri Nur mengamalkan kaedah yang disarankan oleh Rasulullah SalAllah ‘Alaihi Wasallam iaitu musyawarah. Ketua-ketua kumpulan Jin ini akan dibawa berbincang supaya mereka bersetuju untuk dibebaskan dan diputuskan perjanjian dengan keturunan manusia yang mengikat persetujuan dengan kumpulan mereka. Setelah persetujuan dicapai, maka penempatan baru akan dicadangkan kepada mereka, dan setelah persetujuan dicapai dan perjanjian diputuskan, mereka akan diminta untuk beredar ke tempat baru mereka.

Penempatan baru ini bergantung kepada kesesuaian spesies dan kaum Jin yang terlibat. Puteri Nur perlu memastikan bahawa penempatan baru ini sesuai dengan keperluan mereka, makan-minum mereka, aktiviti mereka dan juga sama ada terdapat penempatan kumpulan Jin yang lain di kawasan tersebut. Jika ia melibatkan penempatan yang sedia ada, mereka perlu mendapat keizinan daripada ketua kawasan tersebut. Jika penempatan baru, mereka perlu ada sumber makanan dan keperluan yang bersesuaian di sana. Puteri Nur juga akan sentiasa memantau aktiviti Jin-jin yang baru dibebaskan ini di penempatan baru mereka untuk memastikan mereka tidak kembali kepada waris dan mendampingi keturunan seterusnya.

Proses pembersihan jasad dilakukan daripada luaran dan dalaman melalui air yang telah diruqyahkan dengan ayat-ayat manzil. Pesakit dikehendaki meminum air tersebut yang bertindak seperti antibiotik dan akan membersihkan dalaman pesakit. Pesakit juga akan diminta untuk mandi dengan menggunakan air yang telah diruqyah bagi membersihkan jasad pesakit dari luar. Di samping itu, Puteri Nur akan memastikan setiap ahli kumpulan Jin yang berkenaan meninggalkan jasad, bersama-sama dengan segala peralatan dan kelengkapan serta anak-anak mereka. Biasanya bilangan mereka bukan sedikit tetapi boleh mencecah ratusan malah ribuan ekor Jin di dalam satu jasad. Di sinilah kepentingan rundingcara dilakukan dengan ketua kumpulan-kumpulan Jin ini untuk memastikan mereka dan kumpulan mereka mengikut arahan dan meninggalkan jasad dengan aman untuk berhijrah ke penempatan mereka yang baru.

Penutup kepada proses pembebasan, pemutusan perjanjian dan penempatan semula ini ialah lafaz Watikah Pemutusan oleh waris yang menjadi isyarat bahawa segala perjanjian yang pernah dibuat di antara kumpulan-kumpulan Jin ini dengan nenek moyang mereka atau dengan mereka sendiri adalah dibatalkan. Lafaz watikah ini juga menandakan bahawa kumpulan Jin-jin ini telah dibebaskan daripada perjanjian mereka dan mereka tidak perlu lagi menjaga atau mengawasi keturunan tersebut.
Setelah lafaz Watikah Pemutusan dilakukan, proses pemulihan akan dijalankan. Proses pembersihan biasanya akan meninggalkan bekas-bekas dan “lohong-lohong” di dalam jasad pesakit yang perlu ditutup dan dibersihkan supaya ia tidak menjadi penarik atau “magnet” kepada makhluk-makhluk lain untuk mendampingi jasad pesakit.

Tapak kediaman pesakit juga akan dibersihkan dan “dipagar” dengan menggunakan kaedah 7 kali azan. Laungan azan yang pertama adalah isyarat untuk segala makhluk ghaib yang tidak berkenaan di tapak tersebut untuk keluar daripada kawasan yang akan dipagar. Azan-azan seterusnya adalah untuk “memagar” kawasan tersebut. Ketika azan dilaungkan, Puteri Nur akan mula menaikkan tiang-tiang pagar cahaya. Sekiranya ada gangguan dari luar atau percubaan untuk memasuki kawasan berpagar oleh unsur-unsur ghaib, pernah berlaku di mana pesakit menjumpai kaca pecah di dalam kawasan rumah tetapi tiada objek kaca yang pecah. Ada juga kes di mana pesakit dapat melihat silauan dari tiang-tiang cahaya tersebut.

Diharap dengan posting ini kita akan lebih memahami kaedah rawatan dan tugas-tugas Puteri Nurdan team beliau. Beliau bukan sekadar "membuang" atau menjauhkan makhkuk ghaib, sebaliknya membuat rundingcara dan menguruskan mereka supaya tidak mengganggu manusia. Diharap dengan ini juga dapat menjawab persoalan "boleh scan dari jauh?" yang sering dilontarkan kepada kami. Inilah sebabnya kenapa pesakit perlu berjumpa secara fizikal dengan Puteri Nur untuk proses rawatan. Harap maklum.




Comments

Popular posts from this blog

Kebenaran mengenai Bunian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Wallahi,wabillahi, dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Tiada Tuhan melainkan ALLAH, dan MUHAMMAD adalah UtusanNya. Sesungguhnya, sebelum ALLAH menciptakan Adam ‘alaihissalam, para Malaikat mempersoalkan keputusan itu. Peristiwa ini dicatatkan dalam ayat 30 surah Al-Baqarah,

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

Lalu diciptakanlah Nabi Adam daripada tanah yang telah diambil oleh para Malaikat daripada seluruh pelosok Bumi. Setelah Nabi Adam diciptakan, ALLAH subhanahu wata’ala telah mengarah…

Kebenaran tentang Puteri Nur

Assalamualaikum, dengan izin Allah kita bersua lagi. Saya pelik kerana sering dimarahi dengan teruk oleh Puteri Ratna kalau saya tak jaga Puteri Nur betul-betul. Puteri Ratna tak izinkan Puteri Nur bersendirian kerana katanya terlalu banyak jin kafir dan iblis ingin memusnahkan Puteri Nur. Pada mulanya saya tak faham, kenapa sampai dia kata kalau sekali lagi saya tak jaga Puteri Nur betul-betul, dia akan bawa Puteri Nur pulang ke Alamzara. Sehingga pada satu hari, Puteri Ratna memerintahkan supaya Puteri Nur dibawa ke sebuah kawasan air terjun. Di sana, Puteri Ratna telah membuka rahsia sebenar siapa Puteri Nur.

Puteri Nur rupanya waris terakhir Putera Sarayana, kekanda kepada Puteri Ratna. Dia sebenarnya kacukan Manusia dan Bunian! Jasad Puteri Nur adalah manusia, tetapi dia diselaputi cahaya berwarna putih iaitu cahaya Bunian. Mereka yang telah dibuka hijabnya boleh melihat cahaya ni. Begitu juga dengan ulama yang pernah merawat Puteri Nur. Mereka tahu siapa dia sebenarnya. Kejadia…

Perihal Bunian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. AlhamduLillah, dengan Kehendak Allah Subahanu Wata’ala, kita bersua lagi. Saya Haji Muhammad, digelar Panglima Bentara Tujuh, penjaga dan Bentara kepada Puteri Nur, warisan terakhir Bunian-Manusia. Di Alam Bunian atau Alamzara, Puteri Nur adalah waris terakhir Raja Segala Raja-raja Bunian yang juga merupakan satu-satunya Manusia kacukan Bunian. Saya telah diisytiharkan sebagai Perantara bagi Para Raja-raja Bunian melalui Puteri Nur. Tugas saya selaku pemerhati dan pencatat yang merakam segala yang berlaku kepada Puteri Nur dan apa yang disampaikan kepada saya oleh Para Bunian. Maklumat ini kemudiannya akan disampaikan kepada Manusia supaya dapat merungkaikan segala salahfaham dan tanggapan yang tidak benar mengenai Para Bunian.

Kita selalu mendengar dan membaca pelbagai kisah mengenai Alam Bunian dan Alam Jin. Ada yang mengatakan bahawa Bunian adalah hasil perkahwinan antara Manusia dan Jin. Ada juga yang mendakwa bahawa Bunian adalah Iblis d…