Skip to main content

Update Mac 2018

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SalAllah Alaihi Wasallam.

Saya Hj Muhammad, bagi pihak Puteri Nur dan team Pusat Terapi Ilhamiah (PUTERI) memohon maaf sekiranya pertanyaan dan persoalan tuan-puan, saudara-saudari lambat kami balas. Untuk makluman, Puteri Nur mengambil sehingga 4 kes dalam masa satu hari. Kami mengambil setiap kes yang menghantar pm kepada kami. Admin Manager kami akan memberi borang dan kami akan terus menghubungi dan set temujanji.

Untuk makluman juga, kami (setiap ahli team) juga bekerja dan mempunyai urusan peribadi dan keluarga masing-masing di luar waktu merawat. Memang kurang berpeluang untuk memegang phone atau membuka laptop untuk memeriksa pesanan atau update status di FB apatah lagi di blog.

Puteri Nur dan teamnya bergerak ke lokasi pesakit, dan bagi pesakit di luar kawasan, biasanya pihak pesakit akan menyediakan tiket penerbangan pergi dan balik dari lokasi rawatan. InsyaAllah, semoga Allah memberikan ruang masa kepada kami untuk membalas segala pm, komen dan email daripada pihak tuan-puan, saudara-saudari serta membuat update di FB dan blog kami.

Harap rakan-rakan, sahabat-sahabat FB dapat bersabar dan mengikuti updates yang kami akan masukkan dari masa ke semasa. Wabillahi taufiq wal hidayah... Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
















 




Comments

Popular posts from this blog

Kebenaran mengenai Bunian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Wallahi,wabillahi, dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Tiada Tuhan melainkan ALLAH, dan MUHAMMAD adalah UtusanNya. Sesungguhnya, sebelum ALLAH menciptakan Adam ‘alaihissalam, para Malaikat mempersoalkan keputusan itu. Peristiwa ini dicatatkan dalam ayat 30 surah Al-Baqarah,

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

Lalu diciptakanlah Nabi Adam daripada tanah yang telah diambil oleh para Malaikat daripada seluruh pelosok Bumi. Setelah Nabi Adam diciptakan, ALLAH subhanahu wata’ala telah mengarah…

Kebenaran tentang Puteri Nur

Assalamualaikum, dengan izin Allah kita bersua lagi. Saya pelik kerana sering dimarahi dengan teruk oleh Puteri Ratna kalau saya tak jaga Puteri Nur betul-betul. Puteri Ratna tak izinkan Puteri Nur bersendirian kerana katanya terlalu banyak jin kafir dan iblis ingin memusnahkan Puteri Nur. Pada mulanya saya tak faham, kenapa sampai dia kata kalau sekali lagi saya tak jaga Puteri Nur betul-betul, dia akan bawa Puteri Nur pulang ke Alamzara. Sehingga pada satu hari, Puteri Ratna memerintahkan supaya Puteri Nur dibawa ke sebuah kawasan air terjun. Di sana, Puteri Ratna telah membuka rahsia sebenar siapa Puteri Nur.

Puteri Nur rupanya waris terakhir Putera Sarayana, kekanda kepada Puteri Ratna. Dia sebenarnya kacukan Manusia dan Bunian! Jasad Puteri Nur adalah manusia, tetapi dia diselaputi cahaya berwarna putih iaitu cahaya Bunian. Mereka yang telah dibuka hijabnya boleh melihat cahaya ni. Begitu juga dengan ulama yang pernah merawat Puteri Nur. Mereka tahu siapa dia sebenarnya. Kejadia…

Contoh-contoh Tangkal, Azimat dan Wafak

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Hari ini saya, Hj Muhammad @ Bentara Tujuh menulis kerana Puteri Nur agak sibuk dengan jadual beliau. Saya ingin menyampaikan sesuatu tentang tangkal atau azimat kerana terlalu banyak kes pesakit menjadi sakit bukan kerana saka atau sihir tetapi akibat tangkal atau azimat yang diberi oleh perawat atau bomoh yang mereka temui untuk berubat. Tangkal atau azimat merupakan sesuatu benda yang dipercayai memberikan tuah dan/atau perlindungan kepada pemiliknya. Tangkal terdapat dalam pelbagai jenis dan bentuk, iaitu permata, patung, syiling, lukisan, loket, cincin, selendang, lipatan kertas, tulang, senjata tajam, tumbuhan, haiwan, dan sebagainya ataupun kata ucapan yang disebut dalam keadaan tertentu. Secara amnya, tangkal boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: 1. Pertama, tangkal yang ditulis ayat-ayat al-Quran, nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya, dan juga daripada doa-doa. Ada juga yang bukan ayat-ayat al-Quran tetapi merupakan kumpulan hur…