Skip to main content

Rundingcara, Pemutusan Perjanjian dan Urusan Penempatan Semula Jin-jin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdu Lillahi rabbil’alamiin, wabihi nasta’in, la haulawala quwata illa billah. Saya Bentara Tujuh Haji Muhammad. Di dalam kesempatan ini izinkan kami untuk berkongsi sedikit mengenai kaedah yang dipraktikkan oleh Puteri Nur di dalam menangani kes-kes pesakit beliau. Puteri Nur menggunakan pendekatan RUNDINGCARA dan MENGURUSKAN PEMUTUSAN PERJANJIAN DAN PENEMPATAN SEMULA JIN-JIN.
Mungkin kita pernah mendengar keluhan, “Jin tu datang balik” atau “asyik berubat je kerja, bila nak sembuh?” dan “lepas berubat, sihat sekejap lepas tu sakit balik”. Kebanyakan kaedah perawatan alternatif menumpukan kepada “membuang” atau “mengeluarkan” makhluk ghaib yang mengganggu pesakit, tetapi kemudiannya pengurusan makhluk ini ke mana? Bagaimana pula dengan perjanjian mereka dengan manusia? Makhluk ghaib ini amat setia kepada janji. Dengan izin dan kehendak Allah, Jin-jin yang diambil sebagai PUSAKA (yang dipendekkan menjadi “SAKA”) oleh manusia tidak akan meninggalkan perjanjian yang telah dibuat terhadap keturunan manusia tersebut. Oleh kerana jangka hayat mereka panjang, kebanyakan Jin-jin ini masih hidup walaupun waris asal yang mengambil mereka telah meninggal dunia.

Apabila seseorang itu meninggal, perjanjian yang pernah dibuat dengan Jin-jin ini tetapnya termaktub dan TIDAK TERBATAL secara automatik. Mereka (Jin-jin ini), dengan izin Allah, akan merebak ke dalam waris keturunan yang seterusnya dan akan terus mengganggu sehinggalah perjanjian itu dibatalkan. Seperti yang dimaklumkan oleh Rasulullah SalAllah Alaihi Wasallam, Jin bergerak di dalam salur darah manusia, dan menurut ilmu perubatan, manusia mempunyai salur darah sepanjang 110,000km. Ini bukan sahaja membawa maksud mereka bergerak di dalam jasad individu tersebut, tetapi juga darah (DNA) yang diwarisi oleh keturunan individu itu. Anak, cucu, cicit dan sebagainya. Ada yang telah berdamping dengan waris ketika waris masih di dalam kandungan lagi, hasil daripada pertalian darah ini. Ada juga yang mendampingi waris setelah waris itu lahir. Namun harus kita ingat bahawa semua ini hanya berlaku dengan izin dan kehendak Allah, dan ianya ujian daripada Nya, dan Allah tidak akan menguji seseorang itu melebihi kemampuannya.

Mungkin ada yang bertanggapan, “Aku tak terima dia, dia takkan boleh dampingi aku.” Walaupun kita tidak menerima mereka atau tidak mengiktiraf kehadiran mereka, perjanjian yang pernah dibuat oleh nenek moyang kita dahulu tetapnya sah dan Jin-jin ini tetap akan akur kepada perjanjian ini, sekalipun mereka tidak diiktiraf atau digunakan. Ini adalah kerana perjanjian tersebut menjadi “tiket” untuk mereka kekal di dalam keturunan manusia. Dengan izin Allah, mereka tetap ada, dan keadaan akan menjadi semakin parah apabila mereka yang  tidak “digunakan” ini akan tidur atau berhibernasi, menyebabkan penyakit-penyakit yang medical atau penyakit perubatan seperti barah, cyst, scoliosis, pneumonia, aneurism, gangguan kepada sistem peranakan dan gangguan mental seperti amnesia, schizophrenia dan penyakit-penyakit mental yang lain. Namun, ini tidak bermakna mereka harus digunakan, sebaliknya di sinilah terletaknya kepentingan pemutusan perjanjian antara Jin dan Manusia dibuat supaya dengan izin Allah, Jin-jin ini tidak akan mendampingi waris keturunan lagi.
Di dalam merawat kes-kes gangguan makhluk ghaib, Puteri Nur membaca daripada nama pesakit dan dapat mengenalpasti jenis makhluk yang mengganggu pesakit serta dari mana asal-usul mereka, nama mereka, usia mereka dan sebagainya. Beliau jarang sekali menggunakan kaedah “bakar” atau “pancung” atau “bunuh” seperti yang biasa kita dengar. Ini adalah kerana Jin juga makhluk berakal (sentient) yang mempunyai keluarga dan struktur sosial mereka yang tersendiri. Jika kita membunuh atau memusnahkan seekor Jin, ini boleh menyebabkan keluarga dan saudara-mara Jin tadi berdendam dan rundingan damai tidak dapat dilaksanakan. Dalam hal ini, Puteri Nur menggunakan pendekatan Rasulullah SalAllah Alaihi Wassalam, iaitu musyawarah – perbincangan. Kaedah perbincangan dan rundingcara ini adalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah yang agresif seperti bertempur dan memusnahkan makhluk ghaib.

Namun begitu, kaedah ini adalah unik kepada Puteri Nur kerana beliau mampu melihat yang ghaib, wajah sebenar makhluk-makhluk ini, membaca minda dan fikiran mereka, menangkap/mengetahui nama, usia, jenis dan asal-usul makhluk tersebut, juga bagaimana mereka boleh berada di dalam keturunan. Di sinilah terletaknya kelemahan mereka. Daripada pengalaman kami, Jin-jin ini marah dan takut apabila Puteri Nur ingin mengesan nama mereka. Ada yang bertindak agresif, ada yang menangis, ada yang cuba menyorok dan pelbagai lagi reaksi yang dapat dilihat berdasarkan tindak-tanduk mereka yang dimanifestasikan melalui jasad pesakit. Kepada yang dapat melihat, makhluk-makhluk ini akan menunjukkan rupa sebenar mereka apabila nama mereka disebut, membongkar penyamaran mereka yang memperdayakan manusia. Setelah itu, Puteri Nur akan meminta mereka untuk berbincang bagi memutuskan perjanjian dan berhijrah ke penempatan yang baru. Puteri Nur akan cuba untuk menenangkan Jin-jin ini untuk membolehkan rundingcara dilaksanakan. Emosi pesakit biasanya bersangkut dengan emosi Jin-jin yang mendampingi mereka, jadi apabila Jin-jin ini tenang, pesakit akan turut tenang.

Pada kebiasannya, ketua kumpulan Jin-jin ini akan berunding bagi pihak kumpulannya. Setelah persetujuan dicapai, maka ketua golongan Jin ini akan membawa ahli-ahli keluarga dan kumpulannya berhijrah ke tempat baru secara aman, dan membawa bersama mereka segala alat kelengkapan yang mereka gunakan. Sekiranya ada senjata atau aksesori yang tertinggal, ini boleh digunakan sebagai alasan untuk mereka kembali kepada waris dan memasuki jasad. Ada juga Jin yang meninggalkan atau menyembunyikan anak atau telur mereka di dalam jasad pesakit supaya mereka boleh kembali. InsyaAllah, Puteri Nur dapat memastikan bahawa tiada apa yang tertinggal pada warisan keturunan untuk mengelakkan Jin-jin ini daripada pulang ke jasad.

“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.”

Surah Ali Imran, ayat 159.


Puteri Nur mempraktikkan sunnaturrasulullah di dalam merawat pesakit dan menguruskan pemutusan perjanjian dan penempatan semula makhluk-makhluk ghaib yang berdamping dengan manusia. Kaedah musyawarah dan rundingcara ini jauh lebih berkesan daripada kaedah-kaedah yang agresif seperti mencederakan dan berkasar dengan makhluk-makhluk tersebut. Mereka juga makhluk Allah, berakal, berkeluarga dan mempunyai struktur sosial seakan-akan Manusia. InsyaAllah dengan pendekatan ini, proses pemutusan perjanjian dan penempatan semula Jin-jin ini dapat dilaksanakan.


#bentaratujuh #puterinur #pusatterapiilhamiah #puteri #rawatanislam #pemutusanperjanjianjin #pematiansihir #saka #sihir #tangkal #keris

Comments

Popular posts from this blog

Kebenaran mengenai Bunian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Wallahi,wabillahi, dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Tiada Tuhan melainkan ALLAH, dan MUHAMMAD adalah UtusanNya. Sesungguhnya, sebelum ALLAH menciptakan Adam ‘alaihissalam, para Malaikat mempersoalkan keputusan itu. Peristiwa ini dicatatkan dalam ayat 30 surah Al-Baqarah,

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

Lalu diciptakanlah Nabi Adam daripada tanah yang telah diambil oleh para Malaikat daripada seluruh pelosok Bumi. Setelah Nabi Adam diciptakan, ALLAH subhanahu wata’ala telah mengarah…

Kebenaran tentang Puteri Nur

Assalamualaikum, dengan izin Allah kita bersua lagi. Saya pelik kerana sering dimarahi dengan teruk oleh Puteri Ratna kalau saya tak jaga Puteri Nur betul-betul. Puteri Ratna tak izinkan Puteri Nur bersendirian kerana katanya terlalu banyak jin kafir dan iblis ingin memusnahkan Puteri Nur. Pada mulanya saya tak faham, kenapa sampai dia kata kalau sekali lagi saya tak jaga Puteri Nur betul-betul, dia akan bawa Puteri Nur pulang ke Alamzara. Sehingga pada satu hari, Puteri Ratna memerintahkan supaya Puteri Nur dibawa ke sebuah kawasan air terjun. Di sana, Puteri Ratna telah membuka rahsia sebenar siapa Puteri Nur.

Puteri Nur rupanya waris terakhir Putera Sarayana, kekanda kepada Puteri Ratna. Dia sebenarnya kacukan Manusia dan Bunian! Jasad Puteri Nur adalah manusia, tetapi dia diselaputi cahaya berwarna putih iaitu cahaya Bunian. Mereka yang telah dibuka hijabnya boleh melihat cahaya ni. Begitu juga dengan ulama yang pernah merawat Puteri Nur. Mereka tahu siapa dia sebenarnya. Kejadia…

Perihal Bunian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. AlhamduLillah, dengan Kehendak Allah Subahanu Wata’ala, kita bersua lagi. Saya Haji Muhammad, digelar Panglima Bentara Tujuh, penjaga dan Bentara kepada Puteri Nur, warisan terakhir Bunian-Manusia. Di Alam Bunian atau Alamzara, Puteri Nur adalah waris terakhir Raja Segala Raja-raja Bunian yang juga merupakan satu-satunya Manusia kacukan Bunian. Saya telah diisytiharkan sebagai Perantara bagi Para Raja-raja Bunian melalui Puteri Nur. Tugas saya selaku pemerhati dan pencatat yang merakam segala yang berlaku kepada Puteri Nur dan apa yang disampaikan kepada saya oleh Para Bunian. Maklumat ini kemudiannya akan disampaikan kepada Manusia supaya dapat merungkaikan segala salahfaham dan tanggapan yang tidak benar mengenai Para Bunian.

Kita selalu mendengar dan membaca pelbagai kisah mengenai Alam Bunian dan Alam Jin. Ada yang mengatakan bahawa Bunian adalah hasil perkahwinan antara Manusia dan Jin. Ada juga yang mendakwa bahawa Bunian adalah Iblis d…