Skip to main content

Pemulihan Tapak Tanah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya Puteri Nur. Terdapat banyaknya kes yang melibatkan tapak-tapak kediaman atau bangunan berpunca dari makhluk ghaib yang menduduki kawasan itu terlebih dahulu... Melalui kajian kajian kes-kes kami, kami mendapati mereka ini jika bukan dari tapak asal, mereka adalah Jin-Jin dari Saka Tuan Tanah yang terdahulu... ada yang berpindah dan Tuan Saka mengarahkan Jin-Jin ini menjaga tanah tersebut.
Apabila zaman bertukar zaman, tahun berganti tahun, Jin-Jin ini masih taat menjaga tetapi mengakibatkan tuan tanah yang baru tidak mendapat ketenteraman di tapak tersebut.
Dalam urusan ini kami menitik beratkan untuk rundingcara dengan kaum dan puak-puak Jin-Jin ini yang mendiami tapak asal itu untuk memberi laluan bagi umat manusia. Lapisan antara Alam Ghaib dan Alam Nyata semakin menipis... ini semua juga adalah petunjuk dari Allah Subhanahu Wata'ala juga. Setelah itu, saya akan berurusan dengan Jin-Jin Saka yang telah ditinggalkan untuk memutuskan perjanjian antara mereka dengan manusia pula.
Segala yang bertanam dahulu harus dibongkar dan dimatikan oleh saya, segala tangkal, segala jin sihir, segala paku, segala botol-botol minyak yang bertanam, tengkorak, darah, batu nisan, keris, tulang-tulang, kemenyan yang digunakan sebagai pendinding harus dimusnahkan. Di manakah kita meletakkan ALLAH apabila barang-barang ini ditanam?
Dengan Izin Allah jua saya dapat melihat apa yang telah dan pernah berlaku ribuan tahun dahulu. Setelah segala urusan berpindah dilakukan biasanya saya akan memberi mereka (Jin-Jin tersebut) waktu seminggu... mereka juga berkeluarga, beranak-pinak... zalim jika kita terus memusnahkan kampung halaman mereka... Kerajaan-Kerajaan mereka... mereka juga ada yang Islam... ada masjid-masjid mereka... mereka juga makhluk ciptaan Allah walau sehodoh dan seburuk mana keadaan mereka... janganlah kita menghina, menilai atau menghukum makhluk ciptaan Allah. Sebagai umat manusia yang diangkat Allah paling mulia... berdakwahlah dengan mereka... mereka boleh dibawa berunding... dan janganlah juga kita takut kepada mereka. Ada juga yang mengadu kepada saya, mereka takut diikuti. Kenapa harus takut pada Jin dan Iblis? Lupakah kita kepada Malaikat dan ALLAH? Malaikat Raqib dan Atid sentiasa di sisi, mencatat segala amalan baik buruk kita. Tetapi bagi yang ingkar yang mana saya tidak melihat mereka ingin menganut Islam, saya terpaksa musnahkan demi keselamatan keluarga dan generasi akan datang.
Sekiranya tidak dilakukan pemutusan dengan sempurna dan bermusyawarah, maka berkemungkinan ahli-ahli keluarga yang terlibat akan mengalami gangguan emosi dan akan berlaku perbalahan, pergaduhan, permusuhan dan sebagainya dan ini menyukarkan lagi usaha untuk memutuskan perjanjian dan mendamaikan serta menyatukan kembali ahli keluarga dan saudara-mara tersebut. Sekali lagi saya ingin menitikberatkan bahawa di dalam setiap keturunan yang pernah mengambil saka ratusan malah ribuan tahun dahulu, terdapat ratusan ribu Jin di dalam keturunan tersebut. Maka jika terdapat ahli keluarga dan sanak-saudara yang sakit berpunca dari gangguan, jangan diambil mudah dan jangan berpaling dari mereka. Bantulah mereka. Jangan menghina, jangan mengata, jangan mengeji. Jika anda tidak melalui kesakitan itu, penderitaan itu, bantulah mereka yang sakit kerana KIFARAH ALLAH tetap akan tiba jua bagi yang berpaling dan tidak mengendahkan saudara-mara yang sakit.
Firman Allah dalam surah Ali Imran, ayat 159:
"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya."
Saya Puteri Nur, saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.




Comments

Popular posts from this blog

Kebenaran mengenai Bunian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Wallahi,wabillahi, dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Tiada Tuhan melainkan ALLAH, dan MUHAMMAD adalah UtusanNya. Sesungguhnya, sebelum ALLAH menciptakan Adam ‘alaihissalam, para Malaikat mempersoalkan keputusan itu. Peristiwa ini dicatatkan dalam ayat 30 surah Al-Baqarah,

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

Lalu diciptakanlah Nabi Adam daripada tanah yang telah diambil oleh para Malaikat daripada seluruh pelosok Bumi. Setelah Nabi Adam diciptakan, ALLAH subhanahu wata’ala telah mengarah…

Kebenaran tentang Puteri Nur

Assalamualaikum, dengan izin Allah kita bersua lagi. Saya pelik kerana sering dimarahi dengan teruk oleh Puteri Ratna kalau saya tak jaga Puteri Nur betul-betul. Puteri Ratna tak izinkan Puteri Nur bersendirian kerana katanya terlalu banyak jin kafir dan iblis ingin memusnahkan Puteri Nur. Pada mulanya saya tak faham, kenapa sampai dia kata kalau sekali lagi saya tak jaga Puteri Nur betul-betul, dia akan bawa Puteri Nur pulang ke Alamzara. Sehingga pada satu hari, Puteri Ratna memerintahkan supaya Puteri Nur dibawa ke sebuah kawasan air terjun. Di sana, Puteri Ratna telah membuka rahsia sebenar siapa Puteri Nur.

Puteri Nur rupanya waris terakhir Putera Sarayana, kekanda kepada Puteri Ratna. Dia sebenarnya kacukan Manusia dan Bunian! Jasad Puteri Nur adalah manusia, tetapi dia diselaputi cahaya berwarna putih iaitu cahaya Bunian. Mereka yang telah dibuka hijabnya boleh melihat cahaya ni. Begitu juga dengan ulama yang pernah merawat Puteri Nur. Mereka tahu siapa dia sebenarnya. Kejadia…

Perihal Bunian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. AlhamduLillah, dengan Kehendak Allah Subahanu Wata’ala, kita bersua lagi. Saya Haji Muhammad, digelar Panglima Bentara Tujuh, penjaga dan Bentara kepada Puteri Nur, warisan terakhir Bunian-Manusia. Di Alam Bunian atau Alamzara, Puteri Nur adalah waris terakhir Raja Segala Raja-raja Bunian yang juga merupakan satu-satunya Manusia kacukan Bunian. Saya telah diisytiharkan sebagai Perantara bagi Para Raja-raja Bunian melalui Puteri Nur. Tugas saya selaku pemerhati dan pencatat yang merakam segala yang berlaku kepada Puteri Nur dan apa yang disampaikan kepada saya oleh Para Bunian. Maklumat ini kemudiannya akan disampaikan kepada Manusia supaya dapat merungkaikan segala salahfaham dan tanggapan yang tidak benar mengenai Para Bunian.

Kita selalu mendengar dan membaca pelbagai kisah mengenai Alam Bunian dan Alam Jin. Ada yang mengatakan bahawa Bunian adalah hasil perkahwinan antara Manusia dan Jin. Ada juga yang mendakwa bahawa Bunian adalah Iblis d…