Skip to main content
Assalamualaikum, May Peace be Upon you our beloved friends, supporters and readers in general. Below is a video compilation of some of Puteri Nur's cases that we have successfully handled. Attached is the original text (in Bahasa Melayu) from the Facebook post in which the video was attached. The video was intended as a momento of Puteri Nur's consultation and solution methods in treating her patients.
In performing the treatment sessions, we have to act as consultants, solicitors, doctors, psychiatrists, diplomats, even the Immigration Department personnel to the Jin, among other roles, with the Grace of Allah. We terminate agreements between the Jin and their human hosts, assembling thousands of these beings, whether they were taken as saka or from amulets and talismans or the harbingers of sihir (black magic spells). In most cases, they have multiplied over the generations of humans, spanning hundreds if not thousands of years in each bloodline.
The presence of these beings inside the bodies of their hosts have been known to cause medical and psychological issues such as cancer, cysts, tuberculosis, anorexia, stroke, paralysis, scoliosis, schizophrenia, manic depression, divorce, aggression and hate between family members and many other symptoms. Alarmingly, these symptoms have been showing up in the younger generations, namely the Gen-X and Gen-Y.
As Muslims, we are obliged to have faith that anything and everything happens by the Will of Allah The Almighty. If we have knowledge of the presence of Jin in our family, we are also obliged to let them go, to free them from their bonds and covenants, for their presence invites syirik. We should only depend on Allah for protection and for survival. As mentioned in verse 103 of Surah Ali Imran,
"And hold firmly to the rope of Allah all together and do not become divided"

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... ingin saya maklumkan bahawa akaun ini tidak lagi aktif tetapi kami masih menerima friends request yang berterusan sebanyak-banyaknya. Kami memohon maaf. Sila send request kepada fb Pusat Terapi Ilhamiah (bukan page, tapi akaun fb).
Dengan ini kami tinggalkan rakan-rakan di sini dengan secebis kenangan rakaman perawatan kami. Kami tidak berniat apa-apa, hanya sekadar berkongsi kaedah rawatan kami. Kami bertindak selaku peguam, selaku doktor, selaku pakar psikiatri, selaku diplomat, selaku jabatan imigrasi, segalanya dengan izin Allah jua.
Kami memutuskan perjanjian, mengumpulkan ribuan jin-jin sama ada yang diambil sebagai saka atau dari tangkal dan juga jin-jin sihir yang telah membiak ratusan malah ribuan tahun di dalam satu-satu keturunan. Mereka ini mendatangkan penyakit medical dan mental juga serangan emosi yang teruk yang mana generasi remaja zaman sekarang sudah mula menghidapi cancer, ketumbuhan (cyst), tuberculosis, anorexia, stroke (angin ahmar), perceraian, permusuhan, kebencian antara ahli keluarga dan saudara-mara.
Tetapi wajib kita berpegang bahawa segalanya adalah dari Allah. Al-Qur'an itu adalah penawar segalanya. Dan jika kita tahu adanya kehadiran jin-jin ini di dalam keturunan, haruslah kita membebaskan mereka dan memutuskan perjanjian. Berlindunglah dan mohonlah bantuan hanya pada Allah Subhanahu Wata'ala jua. Kami menyusun sepuluh jari sempena Hari Arafah ini semoga kita semua menjadi umat Muhammad yang diredhai. Hormat-menghormatilah kita sesama makhluk Allah, semoga kita menjadi hamba Allah yang mendapat Jannah. Berbuat baiklah di dunia yang sementara ini.
"Dan berpeganglah kamu kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai" ~surah Ali Imran, ayat 103.


Comments

Popular posts from this blog

Kebenaran mengenai Bunian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Wallahi,wabillahi, dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Tiada Tuhan melainkan ALLAH, dan MUHAMMAD adalah UtusanNya. Sesungguhnya, sebelum ALLAH menciptakan Adam ‘alaihissalam, para Malaikat mempersoalkan keputusan itu. Peristiwa ini dicatatkan dalam ayat 30 surah Al-Baqarah,

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

Lalu diciptakanlah Nabi Adam daripada tanah yang telah diambil oleh para Malaikat daripada seluruh pelosok Bumi. Setelah Nabi Adam diciptakan, ALLAH subhanahu wata’ala telah mengarah…

Kebenaran tentang Puteri Nur

Assalamualaikum, dengan izin Allah kita bersua lagi. Saya pelik kerana sering dimarahi dengan teruk oleh Puteri Ratna kalau saya tak jaga Puteri Nur betul-betul. Puteri Ratna tak izinkan Puteri Nur bersendirian kerana katanya terlalu banyak jin kafir dan iblis ingin memusnahkan Puteri Nur. Pada mulanya saya tak faham, kenapa sampai dia kata kalau sekali lagi saya tak jaga Puteri Nur betul-betul, dia akan bawa Puteri Nur pulang ke Alamzara. Sehingga pada satu hari, Puteri Ratna memerintahkan supaya Puteri Nur dibawa ke sebuah kawasan air terjun. Di sana, Puteri Ratna telah membuka rahsia sebenar siapa Puteri Nur.

Puteri Nur rupanya waris terakhir Putera Sarayana, kekanda kepada Puteri Ratna. Dia sebenarnya kacukan Manusia dan Bunian! Jasad Puteri Nur adalah manusia, tetapi dia diselaputi cahaya berwarna putih iaitu cahaya Bunian. Mereka yang telah dibuka hijabnya boleh melihat cahaya ni. Begitu juga dengan ulama yang pernah merawat Puteri Nur. Mereka tahu siapa dia sebenarnya. Kejadia…

Perihal Bunian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. AlhamduLillah, dengan Kehendak Allah Subahanu Wata’ala, kita bersua lagi. Saya Haji Muhammad, digelar Panglima Bentara Tujuh, penjaga dan Bentara kepada Puteri Nur, warisan terakhir Bunian-Manusia. Di Alam Bunian atau Alamzara, Puteri Nur adalah waris terakhir Raja Segala Raja-raja Bunian yang juga merupakan satu-satunya Manusia kacukan Bunian. Saya telah diisytiharkan sebagai Perantara bagi Para Raja-raja Bunian melalui Puteri Nur. Tugas saya selaku pemerhati dan pencatat yang merakam segala yang berlaku kepada Puteri Nur dan apa yang disampaikan kepada saya oleh Para Bunian. Maklumat ini kemudiannya akan disampaikan kepada Manusia supaya dapat merungkaikan segala salahfaham dan tanggapan yang tidak benar mengenai Para Bunian.

Kita selalu mendengar dan membaca pelbagai kisah mengenai Alam Bunian dan Alam Jin. Ada yang mengatakan bahawa Bunian adalah hasil perkahwinan antara Manusia dan Jin. Ada juga yang mendakwa bahawa Bunian adalah Iblis d…