Skip to main content

Puteri Nur sudah mula menulis di Facebook

Salam semua sahabat sahabat..bermula hari ini..saya sendiri Puteri Nur akan mula berbicara d laman ini..syukur alhamduLillah..syukur amat ke hadrat Illahi kerana dapat menerima saya seadanya..bagi yang mengenali saya secara peribadi semoga kalian semua sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah Subhanahu Wata'ala dan sentiasa d murahi rezeki sempena Pembuka tarikh 2016...Apabila Kita d beri kesakitan dan kelukaan..segalanya dari kehendak dan keizinan Allah Subhanahu Wata'ala jua..kesakitan dan kelukaan itulah kekuatan sebenarnya..
Kita gunakan kesakitan itu untuk jatuh atau..

BANGUN dari kelukaan

BANGUN untuk memperbaiki diri..

BANGUN kerana Allah sentiasa menanti kita untuk kembali tawaduk kepadaNya..
Pilihan di tangan kita..
Moga Tahun Baru ini memberi sinar baru pada sahabat sahabat..insyaAllah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh smile emoticon

Comments

  1. Assalamualaikum w.b.t..syukur alhamdulillah..semoga Allah melindungi puteri nur untuk teruskan perjuangan selagi hayat dikandung badan.Saya doakan semoga puteri nur akan dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yg baik..
    Jika saya diberi kesempatan ingin saya bertemu dgn puteri nur.Saya berdoa setiap perjuangan puteri nur sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t
    Jika saya diberi peluang untuk berjihad..saya akan memilih untuk berjihad bersama puteri nur untuk menegakkan keadilan dan membantu mereka yg kurang arif dan melawan jin kafir dan iblis yg menyesatkan manusia selama ini.
    Semoga Allah permudahkan segala urusan.Al-fatihah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kebenaran mengenai Bunian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Wallahi,wabillahi, dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Tiada Tuhan melainkan ALLAH, dan MUHAMMAD adalah UtusanNya. Sesungguhnya, sebelum ALLAH menciptakan Adam ‘alaihissalam, para Malaikat mempersoalkan keputusan itu. Peristiwa ini dicatatkan dalam ayat 30 surah Al-Baqarah,

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

Lalu diciptakanlah Nabi Adam daripada tanah yang telah diambil oleh para Malaikat daripada seluruh pelosok Bumi. Setelah Nabi Adam diciptakan, ALLAH subhanahu wata’ala telah mengarah…

Kebenaran tentang Puteri Nur

Assalamualaikum, dengan izin Allah kita bersua lagi. Saya pelik kerana sering dimarahi dengan teruk oleh Puteri Ratna kalau saya tak jaga Puteri Nur betul-betul. Puteri Ratna tak izinkan Puteri Nur bersendirian kerana katanya terlalu banyak jin kafir dan iblis ingin memusnahkan Puteri Nur. Pada mulanya saya tak faham, kenapa sampai dia kata kalau sekali lagi saya tak jaga Puteri Nur betul-betul, dia akan bawa Puteri Nur pulang ke Alamzara. Sehingga pada satu hari, Puteri Ratna memerintahkan supaya Puteri Nur dibawa ke sebuah kawasan air terjun. Di sana, Puteri Ratna telah membuka rahsia sebenar siapa Puteri Nur.

Puteri Nur rupanya waris terakhir Putera Sarayana, kekanda kepada Puteri Ratna. Dia sebenarnya kacukan Manusia dan Bunian! Jasad Puteri Nur adalah manusia, tetapi dia diselaputi cahaya berwarna putih iaitu cahaya Bunian. Mereka yang telah dibuka hijabnya boleh melihat cahaya ni. Begitu juga dengan ulama yang pernah merawat Puteri Nur. Mereka tahu siapa dia sebenarnya. Kejadia…

Contoh-contoh Tangkal, Azimat dan Wafak

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Hari ini saya, Hj Muhammad @ Bentara Tujuh menulis kerana Puteri Nur agak sibuk dengan jadual beliau. Saya ingin menyampaikan sesuatu tentang tangkal atau azimat kerana terlalu banyak kes pesakit menjadi sakit bukan kerana saka atau sihir tetapi akibat tangkal atau azimat yang diberi oleh perawat atau bomoh yang mereka temui untuk berubat. Tangkal atau azimat merupakan sesuatu benda yang dipercayai memberikan tuah dan/atau perlindungan kepada pemiliknya. Tangkal terdapat dalam pelbagai jenis dan bentuk, iaitu permata, patung, syiling, lukisan, loket, cincin, selendang, lipatan kertas, tulang, senjata tajam, tumbuhan, haiwan, dan sebagainya ataupun kata ucapan yang disebut dalam keadaan tertentu. Secara amnya, tangkal boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: 1. Pertama, tangkal yang ditulis ayat-ayat al-Quran, nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya, dan juga daripada doa-doa. Ada juga yang bukan ayat-ayat al-Quran tetapi merupakan kumpulan hur…