Skip to main content

Posts

Pemutusan PERJANJIAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Ramadhan, saya Hj Muhammad Bentara Tujuh. Bersempena dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, ingin saya berkongsi sedikit mengenai PEMUTUSAN PERJANJIAN. Kita sering diingatkan bahawa Ramadhan ialah bulan ibadah, tetapi harus kita tanamkan juga bahawa Ramadhan ialah bulan PERJUANGAN. Berjuang dalam ertikata melawan hawa nafsu, tamak haloba, hasad dengki, berjuang melawan ego, berjuang untuk menunaikan ibadah khusus mahupun ibadah am, dan paling tidak, berjuang menahan lapar dan dahaga. Berjuang untuk BERSABAR dan menjaga adab serta pertuturan kita, baik secara lisan mahupun tulisan... bulan ini juga bulan penyucian. Penyucian HATI, JASAD dan MINDA. Peperangan besar pertama di dalam Islam juga telah berlaku ketika bulan Ramadhan. Dan harus difahamkan bahawa membebaskan diri dan keturunan daripada dampingan Jin-jin juga adalah satu PERJUANGAN.
Saban hari kami menerima kes daripada pesakit yang mengadu bahawa beliau dan ahli kelu…
Recent posts

Road Trip: SARAWAK

Assalamualaikum semua. InsyaAllah Puteri Nur dan team akan berada di Sarawak pada 26 & 27 April ini. Kepada yang ingin mendapatkan rawatan dan berjumpa Puteri Nur, sila hubungi Hj Muhammad Bentara Tujuh untuk menetapkan tarikh dan masa temujanji. #puterinur#bentaratujuh#bunian#rajabunian#ruqyah#paranormal#mistik#sarawak#kuching#miri#sarikei#pusatterapiilhamiah#rawatanalternatif#rawatanislam#aswj#psychic#perawat#syifa

Road Trip Terengganu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya Haji Muhammad. Kepada pesakit-pesakit di Pantai Timur Semenanjung, insyaAllah Puteri Nur akan berada di Terengganu minggu hadapan.

Harap tuan puan yang perlukan rawatan dan yang telah menghantar borang dapat hubungi saya secepat mungkin untuk mendaparkan slot sesi rawatan.

InsyaAllah, boleh pm saya untuk tetapkan temujanji. Tempat dan masa adalah terhad. Harap maklum.

Misteri Kehilangan di Gopeng

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya Hj Muhammad Bentara Tujuh. Kebelakangan ini, Malaysia digemparkan dengan berita kehilangan seorang anak muda di kawasan Gua Tempurung, Gopeng, Perak.
Tidak kurang juga ada pihak yang menuduh bahawa pemuda ini disembunyikan Bunian. Kononnya ada perundingan dengan pihak Bunian di dalam Gua Tempurung untuk melepaskan pemuda tersebut dan sebagainya. Di sini saya ingin membetulkan dan menjelaskan keadaan. BUNIAN TIDAK TERLIBAT DI DALAM PERISTIWA KEHILANGAN ASYRAF ATAU ACAP. 
Harap tuan puan, saudara saudari dapat membaca FB ini dan blog saya, dan sila dengarkan rakaman perbualan bersama Puteri Ratna, Raja segala Raja-raja Bunian. Bunian tidak tinggal di gua atau hutan dan Bunian tidak menculik manusia! Harap jangan main tuduh dan terus percaya berdasarkan khabar angin semata-mata.
Ada juga yang bertanya, sama ada secara public atau melalui pm serta email, adakah Puteri Nur dan team dapat membantu. Ada juga yang mendesak supaya Puteri Nur tu…

Al Kahfi... Hayatilah...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Saya Nara Paduka Hj Muhammad Bentara Tujuh. Surah Al-Kahfi merupakan antara surah-surah yang digalakkan kita beramal. Ada hadis yang menyatakan bahawa ada kelebihan tertentu jika kita membaca surah ini pada hari Jumaat. Surah ini juga terkandung kisah pemuda-pemuda yang Allah tidurkan di dalam sebuah gua, juga kisah Nabi Musa AS dan Nabi Khidir AS. Dan tidak ketinggalan kisah Dzulkqarnain yang membina tembok mengurung Yakjuj-Makjuj.
Namun, kita tidak seharusnya mengambil surah ini pada face value atau secara harfiyah semata-mata. Cuba singkap sedikit di sebalik tabir huruf dan ayat. Sekali-sekala kita perlu "masuk gua"... Shut out segala yang tidak berkenaan di dalam hidup kita. Hanya kita dengan Allah semata-mata. Dah ada masa Allah akan masukkan kita dalam "gua", di mana kita dilindungiNya dari anasir luar yang mengganggu ketenteraman hidup dan menyebabkan kita lari dari tujuan sebenar kehidupan kita.
Ada masa kita k…

PEMUTUSAN PERJANJIAN ANTARA JIN DAN MANUSIA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Tugasan Puteri Nur merawat dan berunding untuk MEMUTUSKAN PERJANJIAN antara ratusan ribuan kaum Jin-jin dalam satu-satu keturunan manusia telah kami uruskan dengan membuka tirai 2019 di Terengganu, minggu berikutnya di Johor Bharu. Untuk setiap pesakit yang di rawat, Puteri Nur akan mencari akar punca permasalahannya. Jin-jin ini ada yang telah menapak di dalam waris keturunan sejak Empayar Melaka, malah ada yang lebih lama dari itu.

Jin-Jin amat licik dan pandai berlakon. Ada yang berlagak seolah-olah mati atau pengsan… ada yang pesakit muntah tetapi mereka tidak keluar pun… Puteri Nur akan menyebut nama sebenar mereka yang di dalam jasad dan apabila dipanggil nama, mereka tidak ada pilihan melainkan terpaksa keluar kerana Puteri Nur akan menarik keluar dari segala urat-urat salur darah dan saraf jasad pesakit.

Rata-rata perawat hanya meruqyah pesakit tetapi tidak menguruskan kumpulan-kumpulan Jin-jin ini. Perjanjian antara mereka dengan Ma…

Syirik meminta bantuan dari kaum Jin

Assalamualaikum warahmatullahi wabaratuh.

Perjanjian mengambil saka-saka dan juga Jin-Jin Sihir tidak boleh dianggap mudah atau dipandang ringan… lebih-lebih lagi dari sudut dan hukum agama Islam sendiri. Meminta perlindungan kepada Jin adalah cara membenarkan mereka dalam berbuat syirik, serta cara untuk meminta manfaat dan menepis bahaya dari mereka serta bergantung kepada mereka. Hal-hal tersebut semuanya termasuk kategori syirik, menurut Sheikh Abdul Aziz bin Baz, mufti besar Kerajaan Arab Saudi (1993-1999).

Allah berfirman dalam surah Al-An’aam, ayat 128, mafhumnya:
“Dan (ingatlah) hari di waktu Allah menghimpunkan mereka semuanya, (dan Allah berfirman), ‘Hai golongan Jin, sesungguhnya kamu telah banyak (menyesatkan) manusia,’ lalu berkatalah kawan-kawan mereka dari golongan manusia, ‘Ya Rabbi kami, sesungguhnya sebahagian daripada kami telah dapat kesenangan dari sebahagian (yang lain) dan kami telah sampai kepada waktu yang Engkau tentukan bagi kami.’ Allah Subhanahu Wata’ala be…