Monday, 15 May 2017

Rundingcara Pemutusan Perjanjian Antara Jin dan Manusia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Ribuan kemaafan di atas kelewatan membalas emel dan juga pm dari saudara-saudari rakan-rakan yang dihormati sekalian kerana kesibukan urusan Perawatan yang sedang pihak kami tempuhi.
Saya Puteri Nur… di dalam urusan rundingcara Pemutusan Perjanjian seringkali saya menitiskan airmata kerana saya melihat segala apa yang telah berlaku dan juga yang pernah dilakukan oleh Jin-Jin yang diambil oleh keturunan baik ribuan, ratusan atau puluhan tahun yang lalu.
Seringkali kita di zaman ini di waktu ini menyalahkan Jin-Jin Saka diatas setiap musibah, atas setiap kecelakaan yang menimpa…atas setiap kesakitan dan penderitaan yang menimpa… tetapi terfikirkah oleh kita apakah hikmah atau musibah yang berlaku ini saja-saja berlaku atau ia berlaku kerana Allah ingin mempertunjukkan sesuatu?
Seringkali Jin-Jin Saka ini dipersalahkan diatas setiap penderitaan… perceraian… permusuhan… kesakitan dan sebagainya… tetapi renungkan sejenak Jin-Jin Saka ini tidak datang tanpa diundang. Janganlah pula kita menyalahkan nenek moyang yang mengambil… Kita tidak berada di zaman itu… kita tidak melalui kepayahan… kesusahan… kezaliman… kesakitan… yang dilalui oleh nenek-moyang ratusan tahun dahulu.
Perigi-perigi diracun oleh tentera-tentera Jepun untuk menyiksa nenek-moyang kita… anak-anak gadis yang masih kecil diperkosa… rumah-rumah dibakar… tanaman musnah… tiada makanan… hendak ke sungai, ke laut takut dan sentiasa kelaparan.
Maka dengan ini dalam menguruskan Rundingcara Pemutusan Pembebasan saya harus menjaga emosi manusia dan juga Jin-Jin ini kerana tekanan jiwa yang dilalui oleh Jin-Jin ini mengakibatkan emosi yang lebih teruk terhadap jasad dan keturunan manusia. Mereka membiak ratusan ribuan tahun dalam keturunan. Mereka berada dalam setiap adik-beradik dan saudara-mara.
Dalam urusan pemutusan saya akan meminta nama-nama Datuk dan Nenek pesakit… Datuk dan Nenek juga mempunyai ibu bapa dan ibu bapa mereka juga memiliki Jin-Jin Saka yang berlainan. Jika ada keturunan yang disihir juga maka Jin-Jin Sihir ini juga boleh diwarisi menjadi Saka dan juga jika keturunan bertemu dengan bomoh-bomoh atau perawat yang memberi tangkal maka Jin-Jin Tangkal ini juga akan diwarisi keturunan.
Maka dalam Pengurusan Pemutusan saya amat, amat detail kerana jika isteri ingin memutuskan perjanjian Jin-Jin Saka maka saya tetap akan meminta keluarga pihak suami juga bersetuju. Kerana dari pihak suami juga mereka mempunyai anak-anak… ia tetap akan menjadi pewaris dan saya tidak mahu back to square one… yakni perkara yang sama berulang di masa hadapan. Maka saya tetap akan scan keluarga pihak suami juga.
Pihak kami Pusat Terapi Ilhamiah… kami merakam setiap sesi dan memberi Tesis jika diminta oleh keluarga pesakit mengenai apa yang telah berlaku dan sedang berlaku di dalam keturunan lalu… dan hari ini. Ini untuk memastikan jika ada simptom yang sama, maka mereka akan tahu apa yang harus dilakukan seandainya di waktu itu kita sudah tidak ada untuk membantu mereka dan untuk membantu kekeliruan mereka. Saya membaca nama dan mampu melihat mereka (Jin jin) di mana… nama-nama mereka… jumlah ratusan ribuan ekor mereka di mana semua.
Maka dengan ini saya Puteri Nur memohon bersamalah kita muhasabah diri sendiri… jangan sekali-kali meletakkan apa-apa kesalahan dan penderitaan yang dilalui berpunca dari makhluk… Jangan juga menyalahkan nenek moyang.. Jin-Jin ini berada didalam keturunan, jangan juga seratus-peratus menyalahkan sesiapa… fikirkanlah bahawa Segalanya dari Allah juga dan berlaku dengan keizinanNya …
Dan di zaman ini pula masih ramai yang masih mengiktiraf Jin-Jin Saka ini dan terus menerus berlaku syirik kepada Allah Subhanahu Wataala samada mereka sedari atau tidak... pahatkanlah di dalam hati dan akal... hanya Allah Subhanahu Wataala yang menjaga dan melindungi...
Kita terpilih untuk kita menyelamatkan generasi anak cucu cicit kita yang akan datang… Bebaskanlah mereka.
Besyukurlah kita sedang berada di negara Malaysia yang aman makmur di limpahi rezeki yang melimpah ruah...
Betapa menderitanya negara-negara Islam dan kezaliman yang begitu dahsyat sedang berlaku setiap saat... kanak kanak didera dizalimi... yang disiksa yang sedang menangis kelaparan...
Kita di Malaysia... sibuk menjadi keyboard warrior... mengumpat mencaci menfitnah sana sini dan ketawa riang...
Mulakan berdoa bagi yang belum lebih-lebih lagi keyboard warrior... mulakan menadah tangan kepada Allah untuk umat Islam yang sedang di zalimi... kezaliman yang tidak dapat difikirkan dengan akal yang logik... Pembunuhan kezaliman yang sedang berlaku amat-amat dahsyat... bukan menaip di hujung jari membuat dosa ghibah dan fitnah...
Di saat kita sedang tidur lena kanak-kanak Islam sedang di gergaji di sembelih di kerat hidup-hidup di pijak di bakar dan kebuluran!
Fikir-fikirkanlah wahai manusia...
Berjuanglah ke jalan Allah..
Dunia sudah menuju pengakhiran... berdoalah untuk Umat Islam yang sedang di zalimi di seluruh dunia... BERDOA, BERDOA DAN TERUSLAH BERDOA...
#puterinur 
#bentaratujuh 
#perawatanputerinur 
#bunian 
#rajabunian 
#seekers 
#seekersunderground 
#datoeizlanyusuf 
#provostudm 
#mastika 
#ZafranAziz 
#KairulAnwar 
#pusatterapiilhamiah 
#alongkamaluddin 
#tudm 
#pdrm 
#skmm

No comments:

Post a Comment