Friday, 17 February 2017

Mastika Mac 2017

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... AlhamduLillah, syukur ke hadrat Illahi, pertemuan antara Puteri Nur dan pihak editorial majalah nombor 1 Malaysia, Mastika bakal membuahkan hasil tidak lama lagi. Artikel yang mudah-mudahan akan membuka minda dan membetulkan persepsi masyarakat umum terhadap Bunian. 

Mudah-mudahan dengan terbitnya artikel ini, kebenaran mengenai Raja-raja Bunian akan mendapat lebih pendedahan. AlhamduLillah, setakat ini kebenaran ini telah disampaikan dan disebarkan melalui internet, media sosial serta siaran tv. Penglibatan Puteri Nur dengan rancangan realiti paranormal Seekers Underground yang disiarkan melalui tonton.my juga telah membantu di dalam menyebarkan kebenaran ini. Kini, kebenaran ini bakal disebarkan melalui media cetak.

Saya Hj Muhammad, Bentara Tujuh, ingin mengambil peluang ini untuk menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat-sahabat nyata, rakan-rakan maya dan para penyokong serta pembaca yang telah memberikan sokongan baik dari segi material, moral, masa, tenaga dan sebagainya selama ini.


Cover art untuk majalah Mastika edisi Mac 2017 yang memaparkan gambaran Puteri Ratna Singgara, Raja Segala Raja-raja Bunian.