Thursday, 27 April 2017

Page Facebook yang memfitnah dan mengaibkan Puteri Nur

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya Hj Muhammad, Bentara Tujuh. Kami menerima banyak pertanyaan daripada rakan-rakan fb mengenai satu page yang kononnya ingin berdebat secara ilmiah dengan Puteri Nur tetapi pada hakikatnya hanya bertujuan untuk memfitnah dan mengaibkan Puteri Nur.
Untuk makluman saudara saudari sahabat-sahabat dan rakan-rakan fb sekalian, page ini telah dibuat oleh seorang pesakit mental yang pernah meminta dirawat oleh Puteri Nur.
Screenshot yang dipaparkan adalah sebahagian daripada perbualan saya mengenai seorang gadis yang sering menurun ketika merawat... beliau rakan kepada pembuat page tersebut. Puteri Nur menegur mereka ini dan pembuat page ini, pesakit mental yang tidak ada kehidupan lain, terus dengan penyakit gilanya. Pernah dia menyatakan hasrat untuk berhari raya di rumah saya padahal saya seorang duda, dan tinggal bersama ibu saya sahaja!
Dia juga berkata keluarganya di Johor telah membuangnya dan sekarang dia menumpang di rumah orang serta bekerja sebagai penjaga anak kepada tuan rumah itu yang dikatakan berasal dari Sabah. Kami ingin tahu bagaimana keadaan kanak-kanak di bawah jagaannya kerana penyakit mentalnya ini. Kami akan berurusan dengan Pihak Berkuasa dan Undang-undang dalam hal ini.
Jadual merawat kami amat padat. Kami harus mengutamakan para pesakit kami. InsyaAllah saya akan menjelaskan perkara ini di dalam posting yang seterusnya, tentang mereka yang terlibat di dalam page itu yang masing-masing mempunyai banyak fake accounts, termasuk seorang duda yang GILA TALAK dan seorang guru silat.
Puteri Nur telah melihat semua yang terlibat dalam page itu. Rizal As... Jo As... Leo Capero adalah orang yang sama yang berlegar-legar dengan kegilaannya... tak ke masjid kah?
Pembuat-pembuat page ini jelas dan nyata tidak memikirkan dosa fitnah dan ghibah... tidak sedar bahawa Allah Subhanahu Wata'ala lebih berkuasa dari segala sesuatu. Mereka cuba menghalang Puteri Nur daripada memutuskan perjanjian antara Manusia dan Jin-jin, tetapi mereka lupa bahawa kuasa ALLAH mengatasi segalanya. Untuk makluman, pesakit Puteri Nur dari media sosial amat sedikit, boleh saya bilang dengan jari di tangan kerana pesakit-pesakit Puteri Nur amat ramai yang bukan dari media sosial dan laman internet. Puteri Nur juga tidak pernah melibatkan Bunian di dalam perawatan beliau.
Mereka menggunakan alasan "debat ilmiah" padahal apa yang ada di page mereka hanyalah pernyataan-pernyataan yang mengutuk, menghina dan mengaibkan Puteri Nur dan saya. Post gambar saya dan menghina wajah saya, untuk apa? Dan mereka hanya menerima pendapat yang selari dengan apa yang mereka hujahkan...
Kami berpegang teguh kepada Tali Allah dan sunnah Rasulullah dan tidak mahu mengotorkan jari-jemari kami atau menari mengikut rentak manusia yang tidak tahu adab menghormati sesama Islam. Kami ada ALLAH...
"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing (menyatakan aib) sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang" (Al Hujuraat:12)
Harap maklum, wassalam...

Inilah wajah Siti Hajar, salah seorang admin page Facebook yang
memfitnah dan menganiaya Puteri Nur

Screenshot daripada mesej whatsapp daripada Hajar yang
menunjukkan gaya penulisannya yang sama dengan admin page tersebut

Screenshot mesej daripada Hajar dalam Facebook Messenger
yang menyatakan bahawa dia pernah dirawat 30 orang perawat.

Ayat-ayat Hajar yang ingin melaga-lagakan Puteri Nur dengan "guru" Hajar

Fake account yang digunakan untuk memperdaya dan menjemput
rakan-rakan dan kenalan Bentara Tujuh ke page fitnah Hajar.

Friday, 24 March 2017

Jodoh Pertemuan Ajal Maut...

Jodoh pertemuan ajal maut  segalanya aturan Allah Subhanahu Wataala..

Saya Puteri Nur... terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih pada rakan-rakan baik saya, pesakit-pesakit saya yang saya sayangi, sahabat-sahabat perawat yang sama berjuang dalam membantu manusia yang menderita berbagai jenis penyakit baik dari segi mental dan jasmani, rakan-rakan FB yang saya hormati sekelian yang walau ada yang tidak mengenali saya tetapi mempertahankan saya dari di hina tanpa sebab. Terima kasih sekali lagi dari saya dan anak-anak saya yang sama membaca.

Telah di takdirkan dan di atur oleh Allah Subhanahu Wata'ala yang jodoh Ninda saya yang berasal dari Indonesia dahulu di temukan dengan Raja Bunian dan berkahwin.

Saya sendiri tidak mengetahui apakah itu Bunian... saya pernah melihat mereka... cahaya-cahaya yang amat terang... Berpakaian perang bertatahkan permata dan berlian berkilauan, dengan pedang-pedang dan senjata bertatah permata-permata yang bercahaya... tetapi saya tidak mengetahui apa-apa mengenai mereka pada ketika itu.

Hidup saya dahulunya sering bersedih... dari kecil, remaja, dan sebagai ibu tunggal saya bangkit dari kesedihan demi menyara kehidupan anak-anak yang sedang membesar... sayalah Ibu... sayalah Ayah mereka.

Jika anda menghina Raja-Raja Bunian cubalah anda letakkan diri anda di tempat saya... yang di hina itu datuk nenek kita... apa perasaan kita?

Saya redha walau apa pun di kata Raja Bunian itu Jin ke apa... ANDA tidak melihat, tidak melalui apa yang saya lalui... tidak mendengar... tidak melihat pakaian mereka, tidak lalui apa yang mereka tempur tiap hari, tidak melalui APA yang saya juga tempur setiap hari... tidak mengapa bagi saya KERANA kita semua ANDA semua akan tetap menjadi makhluk ghaib... ROH akan berpisah dari jasad dan ketika itu bagi yang tidak pernah melihat akan melihat segala yang ghaib.

Pada yang telah dapat melihat kami saya panjatkan kesyukuran kepada Allah dengan penuh linangan airmata... kerana hanya dengan izin Allah anda dapat melihat Raja Raja Bunian.

Pada yang menghina dan berusaha keras menfitnah saya saya kasihan dengan ANDA... hidup anda tidak lena tidur memikirkan saya dan perjuangan saya dalam memutuskan perjanjian manusia dan Jin-Jin Iblis.

Sedangkan saya setiap hari bangun subuh dengan ceria mengadap Allah, berkebun siram pokok-pokok bunga saya... menguruskan anak ke sekolah dan memasak, mengemas rumah... rutin harian saya sebagai ibu tunggal amat sibuk memastikan makan pakai anak anak saya cukup. Anak-anak saya yang paling saya utamakan.

Pada yang memfitnah terimakasih saya ucapkan kerana anda telah memberi pahala percuma pada ibu tunggal ini dan anak yatim.

Allah Subhanahu Wata'ala telah berfirman di dalam surah Al-Hujaraat, ayat 12, mafhumnya, "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."

Saya tidak punya masa untuk berbuat hal hal seperti diajak berdebat atau berhujah... Saya Puteri Nur juga  tidak pernah berdebat dengan sesiapa di mana-mana YouTube channel seperti yang didakwa, saya bukan jenis suka berdebat, untuk apakah berdebat? Saya punya prinsip dan pendirian saya sendiri yang tegas. Saya wanita, ibu tunggal dan saya punya prinsip dan pendirian sendiri... kehidupan saya seharian sebagai Perawat membantu mereka yang memerlukan dan kewajipan saya kepada anak-anak saya paling utama. Yang perlu ditakuti hanyalah Allah Subhanahu Wata'ala. Yang perlu dibimbangkan adalah catatan Para Malaikat.

Waktu amat terhad bagi saya... hidup kita d dunia ini hanyalah tempat untuk kita mengumpul bekalan akhirat... bagaimana rupa bentuk rumah kita di sana... siapa jiran-jiran kita, kita yang menentukan di sini.

Saya sayang sahabat-sahabat saya... nak hina, hina lah saya janganlah di hina mereka kerana mempertahankan saya...

Saya redha di lahirkan sebagai manusia kacukan Raja Bunian... segalanya berlaku atas kehendak Allah... saya hanya Insan yang lemah tidak mampu mengubah ciptaanNya... makhkota di atas kepala yang di telah di lihat oleh ramai manusia hanya saya seorang yang merasa azab beratnya memikul.

Saya maafkan mereka yang menghina saya... kerana anda tidak bersalah.

Tetapi tidak mengetahui janganlah mudah menjatuh hukum.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita semua dan semoga kita ketemu dan berjiran di Syurga... Saya sayang anda semua yang sudi menjadi rakan FB... pada yang tidak mahu menjadi rakan saya dan hanya add untuk berbuat dosa di hujung jari, menjadi keyboard warrior, menggelapkan hati dan tiket terus ke neraka... yang menutup minda silalah unfriend dan keluar dari FB account saya.

Wassalam...

Tuesday, 14 March 2017

Kenal dirimu...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Saya Hj Muhammad, Bentara Tujuh. Sejak kebelakangan ini, ada suara-suara yang mempertikaikan dan tidak kurang juga cuba mengaibkan saya dan Puteri Nur secara peribadi. Saya telah menerima beberapa pm dan email, tidak kurang juga komen-komen yang kurang menyenangkan, bukan hanya mempertikaikan kesahihan kebenaran mengenai Bunian dan Manusia Kacukan Bunian, tetapi turut mencabar kami, bertanya itu dan ini, siap kata nak berdebat dengan Puteri Nur dan Puteri Ratna, siap minta rakam dan siarkan debat mereka di laman sosial. Ada juga yang mendedahkan nama kami kepada umum... Apa yang anda dapat daripada semua ini? Puteri Nur seorang ibu tunggal yang bergelut membesarkan dan menyara anak-anak beliau dengan merawat dan membantu mereka yang memerlukan, dan saya membantu beliau dengan apa cara yang saya mampu.

MasyaAllah... Anda kata anda ingin berhujah sebagai orang Islam, tetapi di manakah adab anda? Apa yang saya buat kepada anda? Pernahkah kita berjumpa? Dah berapa tahun anda kenal kami? Sekiranya anda tidak kenal saya secara peribadi, tidak pernah berjumpa, tidak tahu siapa saya tetapi tetap cuba menyebarkan ghibah terhadap saya, itu boleh dikira sebagai memfitnah dan cuba menganiaya. Saya hanya menulis kebenaran mengenai Bunian, sepertimana yang saya alami dan yang disampaikan kepada saya oleh Para Bunian sendiri sejak saya diisytiharkan sebagai Bentara. Saya tidak pernah memaksa mana-mana pihak untuk menerima kebenaran yang saya bawa bagi pihak Raja-raja Bunian. Sekiranya anda tidak boleh menerima kebenaran itu, tidak perlulah anda mengeluarkan bahasa kesat terhadap saya. Anda mendakwa anda Islam, tetapi adakah ini akhlak yang dibawa Rasulullah salAllah alaihi wasallam? SubhanAllah...

Ada juga yang minta saya kemukakan cop mohor kerajaan sebagai bukti saya ini Bendahara kepada Raja Bunian... Maaf, saya rasa jika anda mempunyai ilmu sepertimana yang anda dakwa, anda akan tahu sendiri jawapan kepada persoalan anda. Kepada yang meminta bukti fizikal akan kewujudan kerajaan Bunian, adakah anda sedar bahawa kita sedang membicarakan hal ghaib dan bukan hal nyata? Bukti sejarah terdiri daripada artifak fizikal, manuskrip dan juga pernyataan saksi. Ketiga-tiga sumber ini boleh digunapakai... Dan sekiranya saya ada bukti fizikal tersebut sekali pun, siapakah anda untuk memaksa saya mengemukakannya? Apa faedahnya kepada anda?

Ketahuilah bahawa soalan-soalan yang anda kemukakan itu, tohmahan-tohmahan yang anda lontarkan itu, tidak menunjukkan ketinggian ilmu anda, sebaliknya hanya membuka kelemahan diri yang menurut nafsu dan ketaksuban kepada ilmu. Ibarat kata orang, the empty can rattles the most... Bagi diri saya, saya tiada niat nak membangga diri ataupun hendak menunjuk-nunjuk... Apa yang saya nyatakan hanyalah kebenaran.

Saya sengaja menetapkan filter kepada comments di laman sosial bukan kerana saya takut, tetapi kerana saya tidak ingin membuka aib sesiapa. Kata-kata anda mencerminkan siapa anda sebenarnya. Akhir kata, lebih baik kita kira dosa kita sendiri daripada sibuk nak mengira dosa orang...

وَمَنْ سَتَرَ عَلَى مُسْلِمٍ فِي الدُّنْيَا سَتَرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ

Dan barangsiapa yang menutupi (aib) seorang muslim sewaktu di dunia, maka Allah akan menutup (aibnya) di dunia dan akhirat” (Hadits Riwayat Imam at-Tirmidzi).

Kenal dirimu rata-rata, baru kamu kenal Tuhan yang nyata...

Wallahu'alam...

Thursday, 9 March 2017

Sedikit Pencerahan Mengenai SCAN...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. AlhamduLillah, bertemu kita kembali di ruangan maya ini, dengan izin Allah Subhanahu Wata'ala jua hendaknya. Saya Hj Muhammad. Maafkan saya jika tidak dapat menulis dengan lebih kerap kerana kekangan masa yang kami hadapi di dalam menjalankan tugas dan amanat merawat di samping tanggungjawab harian sebagai manusia dan hambaNya.

Di sini saya ingin menyentuh mengenai satu perkara, satu persoalan dan permintaan yang sering muncul di kotak inbox Bentara Tujuh. Ramai di luar sana yang bertanyakan mengenai scan diri. Saya rasa perlu saya nyatakan di sini bahawa proses scan ini bukanlah semudah yang disangka. Saya menerima banyak permintaan untuk Puteri Nur scan atau imbas diri mereka kerana mereka ingin mengetahui sama ada mereka mempunyai pendamping atau tidak, ada yang ingin mengetahui asal-usul keturunan mereka dan sebagainya.

Sebelum saya teruskan dengan posting saya di pagi yang hening ini, ingin saya nyatakan bahawa Puteri Nur merawat secara profesional. Kami mempunyai standard operating procedures yang perlu kami ikuti untuk memudahkan proses perawatan dan pengurusan. Pesakit perlu memberikan maklumat-maklumat tertentu seperti nama-nama pesakit, ibubapa, lokasi, latarbelakang penyakit/gangguan dan sebagainya untuk dimasukkan di dalam borang maklumat pesakit. Kami juga merakam setiap sesi rawatan bagi tujuan rekod dan kajian semula setelah pulang dari lokasi rawatan. Saya juga perlu menyediakan laporan rawatan dan pengurusan. Laporan ini boleh diberikan kepada keluarga pesakit sebagai satu rekod rawatan yang dapat dirujuk di masa hadapan oleh anak cucu dan generasi seterusnya. Lafaz akad pemutusan perjanjian Jin-jin Saka disertakan dengan watikah yang boleh disimpan sebagai bukti oleh keluarga pesakit. Video perawatan yang telah diedit juga boleh diperolehi oleh pesakit di atas permintaan mereka. Kami tidak bergerak bersendirian, dan perawatan merupakan mata pencarian Puteri Nur. Beliau turut mempunyai ahli kumpulan dan penuntut yang turut sama ketika sesi rawatan. Kami bergerak ke lokasi pesakit. Kenderaan, minyak, tol, semuanya memerlukan kos. Oleh itu, kami terpaksa mengenakan bayaran bagi rawatan yang dijalankan.

Untuk makluman sahabat-sahabat pembaca sekalian, proses scan (imbas) ini sesuatu yang rumit. Ia bukanlah semudah membaca nama atau gambar dan segala maklumat akan terpancar dari situ. Apabila mengimbas seseorang atau sesuatu kejadian, Puteri Nur terpaksa membuka laluan dan masuk ke Alam Ghaib. Beliau akan dibawa ke zaman-zaman lampau yang membolehkan beliau melihat, mengalami dan merasai sesuatu peristiwa itu. Sebagai contoh, sekiranya maklumat yang diminta berkaitan dengan pembunuhan atau kesakitan, Puteri Nur akan melalui perkara yang serupa. Ianya bukan semudah yang disangka.

Ketika Alam Ghaib dibuka dengan izin dan kehendak Allah Subhanahu Wata'ala, segala makhluk Alam Ghaib akan tahu bahawa Puteri Nur sedang melihat mereka, dan mereka juga melihat Puteri Nur. Ini akan mendatangkan pelbagai reaksi daripada makhluk-makhluk yang terlibat. Sebagai contoh, jika yang diimbas adalah kumpulan Jin-jin Saka yang ingin bebas, mereka akan datang bertemu dengan Puteri Nur untuk meminta supaya dibebaskan dan diputuskan perjanjian antara mereka dan Manusia. Sebaliknya pula, jika kumpulan Jin-jin itu tidak ingin diketahui, mereka akan bertindakbalas dan cuba menyerang Puteri Nur! Dan jika tidak dapat menyerang Puteri Nur, mereka akan cuba menyerang sesiapa yang rapat dengan Puteri Nur. Di dalam kedua-dua senario, Puteri Nur terpaksa menguruskan makhluk-makhluk ini dan jika dilakukan dari jauh, pemutusan perjanjian tidak dapat disempurnakan tanpa kehadiran waris yang perlu melafazkan akad pemutusan di hadapan Puteri Nur. Makhluk-makhluk ini mungkin juga akan mengganggu mereka yang minta diimbas sekiranya pengurusan mereka tidak dilaksanakan dengan sempurna.

Seperkara lagi, scan jarak jauh ini boleh menimbulkan fitnah dan menyebarkan ghibah sekiranya nama yang di"scan" tanpa izin yang empunya badan atau nama yang diberikan bukan nama pemilik yang bertanya. Ini boleh membuka aib seseorang, dan membuka aib itu adalah satu dosa. Jadi, untuk mengelakkan fitnah begini, adalah lebih baik jika saudara saudari hubungi saya untuk menetapkan tarikh, tempat dan waktu untuk bertemu sendiri dengan Puteri Nur.

Puteri Nur bertindak lebih seperti Hakim di dalam menguruskan pembebasan, memutusan perjanjian, mematikan sihir dan urusan penempatan semula Makhluk-makhluk Allah yang beliau uruskan. Selain daripada itu, beliau turut bertindak selaku kaunselor di dalam menasihati dan membimbing pesakit dan keluarga mereka untuk menghadapi segala dugaan dan cubaan. Saya harap dengan penjelasan ini, para pembaca yang budiman dapat memahami konsep scan atau imbas ini.

Sekiranya anda perlukan rawatan, sila hubungi saya melalui email di


atau di laman sosial Facebook


InsyaAllah saya akan cuba membalas pertanyaan dan permintaan anda. Harap maklum bahawa Puteri Nur amat teliti di dalam memilih kes-kes untuk beliau uruskan, dengan izin Allah.

#bentaratujuh #puterinur #bunian #rajabunian #rawatanalternatif #rawatanputerinur #scan #imbas

Friday, 17 February 2017

Mastika Mac 2017

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... AlhamduLillah, syukur ke hadrat Illahi, pertemuan antara Puteri Nur dan pihak editorial majalah nombor 1 Malaysia, Mastika bakal membuahkan hasil tidak lama lagi. Artikel yang mudah-mudahan akan membuka minda dan membetulkan persepsi masyarakat umum terhadap Bunian. 

Mudah-mudahan dengan terbitnya artikel ini, kebenaran mengenai Raja-raja Bunian akan mendapat lebih pendedahan. AlhamduLillah, setakat ini kebenaran ini telah disampaikan dan disebarkan melalui internet, media sosial serta siaran tv. Penglibatan Puteri Nur dengan rancangan realiti paranormal Seekers Underground yang disiarkan melalui tonton.my juga telah membantu di dalam menyebarkan kebenaran ini. Kini, kebenaran ini bakal disebarkan melalui media cetak.

Saya Hj Muhammad, Bentara Tujuh, ingin mengambil peluang ini untuk menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat-sahabat nyata, rakan-rakan maya dan para penyokong serta pembaca yang telah memberikan sokongan baik dari segi material, moral, masa, tenaga dan sebagainya selama ini.


Cover art untuk majalah Mastika edisi Mac 2017 yang memaparkan gambaran Puteri Ratna Singgara, Raja Segala Raja-raja Bunian.



Saturday, 14 January 2017

Captain of the Bahtera Perang - Bunian Warship

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh and may peace be upon you,

This is the first entry for the new year, I would like to update you on the appearance and weapons/armor of the Bunian. Quite a while back, I saw a Bunian King standing at the wheel of what looked like a large sailing ship. The peculiar thing was that the ship was transparent and travelled in the clouds. Recently, I had the privilege to see him again and drew his armor in better clarity. This is what he looks like...

As I have mentioned before, the Bunian are not the gentle, water-loving creatures often portrayed in Malay folklore. They are fierce warriors fighting daily battles against the infidel Jin and the Iblis. As such, they are mostly in armor and battle-ready, but there are occasions when they dress differently such as during solat and official functions.

Di kesempatan ini, sempena posting pertama di tahun baru ini, ingin saya berkongsi tentang pakaian dan senjata para Bunian. Beberapa tahun lalu, saya pernah melihat Raja Bunian berdiri mengemudi sebuah bahtera yang lutsinar, berlayar di dalam awan. Kebelakangan ini, saya berpeluang melihat beliau sekali lagi, kali ini dengan lebih jelas dan alhamduLillah saya dapat melukis pakaian perang beliau...

Seperti yang saya pernah nyatakan sebelum ini, para Bunian bukanlah makhluk lembut yang suka bermandi-manda di sungai dan air terjun seperti yang digambarkan sebelum ini di dalam kisah-kisah rakyat Melayu. Mereka merupakan pahlawan dan panglima perang yang tangkas bertempur dengan Jin-jin kafir dan Iblis setiap hari. Oleh kerana itu, mereka selalunya berpakaian perang, tetapi ada masanya mereka berpakaian lain, seperti ketika solat dan acara-acara rasmi.