Friday, 29 January 2016

Contoh-contoh Tangkal, Azimat dan Wafak

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Hari ini saya, Hj Muhammad @ Bentara Tujuh menulis kerana Puteri Nur agak sibuk dengan jadual beliau.
Saya ingin menyampaikan sesuatu tentang tangkal atau azimat kerana terlalu banyak kes pesakit menjadi sakit bukan kerana saka atau sihir tetapi akibat tangkal atau azimat yang diberi oleh perawat atau bomoh yang mereka temui untuk berubat.
Tangkal atau azimat merupakan sesuatu benda yang dipercayai memberikan tuah dan/atau perlindungan kepada pemiliknya. Tangkal terdapat dalam pelbagai jenis dan bentuk, iaitu permata, patung, syiling, lukisan, loket, cincin, selendang, lipatan kertas, tulang, senjata tajam, tumbuhan, haiwan, dan sebagainya ataupun kata ucapan yang disebut dalam keadaan tertentu. Secara amnya, tangkal boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
1. Pertama, tangkal yang ditulis ayat-ayat al-Quran, nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya, dan juga daripada doa-doa. Ada juga yang bukan ayat-ayat al-Quran tetapi merupakan kumpulan huruf-huruf jawi dan jampi serapah dalam tulisan jawi yang kelihatan seperti ayat-ayat al-Quran.

2. Kedua, tangkal yang diperbuat selain daripada jenis pertama, seperti daripada logam iaitu keris, paku, jarum atau duit syiling, cincin, tembaga, kacip, cucuk sanggul, timah atau tahi besi dan daripada binatang seperti kulit binatang, misai atau kuku harimau, sisik tenggiling, tulang kongkang, batu akik, benang atau tali, tasbih, kayu, akar pokok, ranting pokok, kain kafan mayat, minyak yang dicampur darah orang mati dan sebagainya.

Islam melarang sama sekali penggunaan tangkal atau azimat, berdasarkan hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud, "Sesungguhnya jampi-jampi dan tangkal-tangkal juga tiwalah itu syirik". Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, Ibn Habban dan al-Hakim pula menyatakan, "Barang siapa menggantung tangkal maka sesungguhnya dia telah syirik". Maka jelas di sini, apapun bentuk tangkal, azimat ataupun wafak, tidak boleh digunakan kerana ianya membawa kepada syirik kepada Allah subhanahu wata'ala. Ini adalah kerana mereka yang menggunakan tangkal telah menetapkan kebergantungan mereka kepada objek tersebut (makhluk) dan bukannya Allah subhanahu wata'ala (Khaliq).
Allah berfirman : “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” (Surah An-Nisa, ayat 48).
Apabila seseorang itu mengambil tangkal, maka iblis dan jin melihatnya sebagai satu peluang untuk menyesatkan manusia kerana telah bergantung kepada sesuatu yang lain dan menyekutukan Allah subahahu wata'ala. Seperti yang disebut di dalam ayat di atas, ini merupakan perbuatan syirik yang tidak terampun... Saya memohon ambil berat dengan firman Allah ini kerana kes ini semakin menjadi-jadi dan yang menjadi mangsa ialah generasi seterusnya, anak-anak, cucu-cicit warisan kita.

Tangkal daripada kepingan buluh yang dijadikan pendinding sihir

Contoh wafak yang disimpan di dalam beg, sebagai pendinding sihir

Contoh wafak

Contoh wafak yang ditampal di dinding

Buluh perindu yang dijadikan tangkal


Batu geliga ular

Tangkal dan azimat berbentuk kitab, wafak dan talipinggang

Wafak yang dijahit ke dalam talipinggang

Wafak dan tangkal yang diletakkan di atas alang pintu

Closeup wafak



Keratan-keratan kayu yang dikatakan boleh menjadi pendinding

Contoh ayat yang disimpan sebagai tangkal. Ayat-ayat Al-Quran sepatutnya dibaca, difahami maksudnya dan diamalkan, bukan digunakan seperti azimat




Minyak yang digunakan sebagai azimat



Paku yang digunakan sebagai tangkal

Batu kemenyan yang digunakan sebagai azimat


Wafak yang diukir kepada pokok dan kelihatan lubang paku yang dipakukan kepada pokok



Contoh tangkal berbentuk wafak

Batu cincin yang "diisi" dengan tujuan perlindungan dan sebagainya

Helaian wafak-wafak yang akan dibakar

Keris kecil dan minyak azimat

Wafak


Cincin dan batu yang digunakan sebagai "pendinding"

No comments:

Post a Comment