Friday, 29 January 2016

Contoh-contoh Tangkal, Azimat dan Wafak

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Hari ini saya, Hj Muhammad @ Bentara Tujuh menulis kerana Puteri Nur agak sibuk dengan jadual beliau.
Saya ingin menyampaikan sesuatu tentang tangkal atau azimat kerana terlalu banyak kes pesakit menjadi sakit bukan kerana saka atau sihir tetapi akibat tangkal atau azimat yang diberi oleh perawat atau bomoh yang mereka temui untuk berubat.
Tangkal atau azimat merupakan sesuatu benda yang dipercayai memberikan tuah dan/atau perlindungan kepada pemiliknya. Tangkal terdapat dalam pelbagai jenis dan bentuk, iaitu permata, patung, syiling, lukisan, loket, cincin, selendang, lipatan kertas, tulang, senjata tajam, tumbuhan, haiwan, dan sebagainya ataupun kata ucapan yang disebut dalam keadaan tertentu. Secara amnya, tangkal boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
1. Pertama, tangkal yang ditulis ayat-ayat al-Quran, nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya, dan juga daripada doa-doa. Ada juga yang bukan ayat-ayat al-Quran tetapi merupakan kumpulan huruf-huruf jawi dan jampi serapah dalam tulisan jawi yang kelihatan seperti ayat-ayat al-Quran.

2. Kedua, tangkal yang diperbuat selain daripada jenis pertama, seperti daripada logam iaitu keris, paku, jarum atau duit syiling, cincin, tembaga, kacip, cucuk sanggul, timah atau tahi besi dan daripada binatang seperti kulit binatang, misai atau kuku harimau, sisik tenggiling, tulang kongkang, batu akik, benang atau tali, tasbih, kayu, akar pokok, ranting pokok, kain kafan mayat, minyak yang dicampur darah orang mati dan sebagainya.

Islam melarang sama sekali penggunaan tangkal atau azimat, berdasarkan hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud, "Sesungguhnya jampi-jampi dan tangkal-tangkal juga tiwalah itu syirik". Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, Ibn Habban dan al-Hakim pula menyatakan, "Barang siapa menggantung tangkal maka sesungguhnya dia telah syirik". Maka jelas di sini, apapun bentuk tangkal, azimat ataupun wafak, tidak boleh digunakan kerana ianya membawa kepada syirik kepada Allah subhanahu wata'ala. Ini adalah kerana mereka yang menggunakan tangkal telah menetapkan kebergantungan mereka kepada objek tersebut (makhluk) dan bukannya Allah subhanahu wata'ala (Khaliq).
Allah berfirman : “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” (Surah An-Nisa, ayat 48).
Apabila seseorang itu mengambil tangkal, maka iblis dan jin melihatnya sebagai satu peluang untuk menyesatkan manusia kerana telah bergantung kepada sesuatu yang lain dan menyekutukan Allah subahahu wata'ala. Seperti yang disebut di dalam ayat di atas, ini merupakan perbuatan syirik yang tidak terampun... Saya memohon ambil berat dengan firman Allah ini kerana kes ini semakin menjadi-jadi dan yang menjadi mangsa ialah generasi seterusnya, anak-anak, cucu-cicit warisan kita.

Tangkal daripada kepingan buluh yang dijadikan pendinding sihir

Contoh wafak yang disimpan di dalam beg, sebagai pendinding sihir

Contoh wafak

Contoh wafak yang ditampal di dinding

Buluh perindu yang dijadikan tangkal


Batu geliga ular

Tangkal dan azimat berbentuk kitab, wafak dan talipinggang

Wafak yang dijahit ke dalam talipinggang

Wafak dan tangkal yang diletakkan di atas alang pintu

Closeup wafak



Keratan-keratan kayu yang dikatakan boleh menjadi pendinding

Contoh ayat yang disimpan sebagai tangkal. Ayat-ayat Al-Quran sepatutnya dibaca, difahami maksudnya dan diamalkan, bukan digunakan seperti azimat




Minyak yang digunakan sebagai azimat



Paku yang digunakan sebagai tangkal

Batu kemenyan yang digunakan sebagai azimat


Wafak yang diukir kepada pokok dan kelihatan lubang paku yang dipakukan kepada pokok



Contoh tangkal berbentuk wafak

Batu cincin yang "diisi" dengan tujuan perlindungan dan sebagainya

Helaian wafak-wafak yang akan dibakar

Keris kecil dan minyak azimat

Wafak


Cincin dan batu yang digunakan sebagai "pendinding"

Kategori Jin dan Penyakit Yang Di Bawa

Jin merupakan salah satu makhluk ciptaan Allah subhanahu wata’ala yang telah dicipta lebih terdahulu daripada Manusia. Ayat Al-Quran menyatakan bahawa jin dijadikan daripada nyalaan api. Disebut di dalam ayat 27, surah Al-Hijr, 
“…dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.” (Al-Hijr 15:27).
 Riwayat al- Baihaqi daripada Tsa’labah al-Khasyani, sabda Rasulullah salallah alaihi wasallam, 
“Jin itu terdiri atas tiga jenis bentuk, satu jenis (sepertiga) yang mempunyai sayap, mereka terbang di udara. Satu jenis lagi (sepertiga lainnya) berupa ular dan anjing. Sedang satu jenis lagi (atau sepertiga lainnya lagi) adalah jin yang menempati (suatu tempat) dan berjalan (seperti manusia)”.
Di dalam surah Al-Jin, ayat 6, 
“Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.” 
Di sini, jelas menunjukkan bahawa manusia dilarang meminta bantuan daripada golongan jin. Jin-jin ini, apabila diambil untuk sesuatu tujuan, boleh mendatangkan kesakitan kepada manusia yang didampingi. 
Di dalam surah Shad, ayat 41 dinyatakan bahawa, 
“Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata, ‘Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)’.” 
Daripada ayat ini, ulama tafsir menyimpulkan bahawa kebanyakan penyakit adalah dibawa oleh jin dan iblis.

Jin Harimau
Akan menyebabkan sakit kepala dan migraine yang serius dan kronik sehingga boleh menyebabkan ketumbuhan di kepala atau otak. Telinga kerap berdesing dan mendengar bunyi-bunyi dalam hutan. Doktor sering mengklasifikasikannya sebagai “vertigo”. Jin jenis ini juga akan menyebabkan mereka yang didampingi menjadi panas baran, tidur malam sering terganggu, mendengar bunyi mencakar di dinding, bunyi mendengus, dan sebagainya. Selain daripada itu, mereka yang didampingi jin harimau juga sering mengalami penyakit kulit.

Jin Pendekar
Boleh menyebabkan mereka yang didampingi menjadi panas baran, tidak dapat mengawal emosi dan banyak mendengar suara di dalam kepala. Mereka mudah merasuk, atau dikenali juga dengan istilah “naik sheikh”. Dari segi fizikal, mereka yang didampingi jin pendekar sering mengalami tapak tangan berpeluh, sakit belakang dan sakit kepala dan fikiran terganggu, seperti tidak boleh berhenti berfikir. Mereka juga akan cenderung untuk mempelajari ilmu persilatan.

Jin Kebayan
Paling banyak diambil. Terdapat pelbagai watak dalam sifat jin kebayan. Kebayan pertama, mereka bersifat “drama queen”. Mereka gemar menimbulkan drama. Hari ini mungkin bersifat tenang, penyayang dan dalam sekelip mata mereka akan beremosi, menangis dan dipanggil “meroyan”. Kebayan pertama dalam kategori ini tidak sukakan kebersihan. Mereka tidak suka orang menyentuh barang-barang mereka, mengemas, mencuci. Mereka suka mengumpul dan menyimpan barang-barang lama. Mulut mereka agak jahat, suka memfitnah, suka mengata, berhasad dengki. Mereka seperti hidup di dalam khayalan, benda yang tiada mereka ada-adakan. Kebayan jenis ini, jika berada di dalam jasad, ini yang menyebabkan pesakit akan terlantar pada suatu masa, membuang najis di atas katil dan tidak mahu mandi. Kebayan pertama juga selalu bersangkut dengan langsuir. Mereka sendiri ketawa seperti mengilai dan ketawa agak kuat. Kebayan kedua bersifat pendiam, pemalu, takut hendak keluar rumah, hendak keluar menyidai kain pun rasa diperhatikan. Mereka suka menyendiri dan suka mendengar lagu-lagu lama. Kumpulan kebayan kedua ini banyak diambil untuk ilmu tarian dahulu kala dan juga pelaris kecantikan. Kebayan ketiga ada yang mengambil bentuk Pontianak. Mereka adalah kacukan jin dan iblis. Banyak digunakan untuk ilmu sihir. Jin kebayan ini mendatangkan sakit belakang (scoliosis – kecacatan tulang belakang), peha berat, kaki berat, sering bongkok, merasakan diri terlalu tua, tidak suka berhias diri, sukar untuk solat. Di sini saya maklumkan juga jin kebayan adalah yang paling jahat (evil), amat bijak berlakon. Mereka jugalah yang sering menyamar sebagai Bunian, berpakaian putih, berlagak warak sedangkan hakikatnya kebanyakan jin kebayan adalah jin-jin kafir.

Jin Ular
Memberi kesan kepada kawasan ear, nose and throat (ENT) atau daerah kepala dan saluran pernafasan. Pesakit sering menghidap resdung, asthma (lelah), masalah respirasi, tidak tahan cuaca sejuk dan kerap ingin tidur serta merasa berat kepala. Jin-jin ular juga boleh mengakibatkan kesakitan pada bahagian usus. Selain itu, pada wanita, jin-jin ular boleh menganggu sistem peranakan dan rahim, sering merasa bahu dicuit-cuit, merasa ada pergerakan di dalam urat-urat, ada getaran. Pesakit merasakan bahawa penglihatan matanya agak kabur, gelap, membawa kepada penyakit katarak yang boleh mengakibatkan buta, telinga merasa bengkak, mendengar suara-suara. Ada kala tidak boleh duduk diam dan berkata sesuatu yang tiada asasnya. Dalam perawatan, berdasarkan kes-kes yang telah dihadapi, apabila dibacakan Rukyah atau Manzil, pesakit akan tidur seperti tiada apa-apa. Tetapi saya, Puteri Nur, saya melihat jauh ke dalam dan saya dapat mencari lokasi di mana jin-jin ular itu menetap di dalam tubuh. Kebanyakan jin ular diambil untuk ilmu tarian seperti ulek mayang dan juga susuk kecantikan dan sihir, kerana zaman dahulu kala di mana penari-penari Istana akan dikerah oleh Sultan-sultan untuk menari, membuat persembahan. Disebabkan kesakitan di zaman dahulu kala, kezaliman yang berlaku, seramai-ramainya manusia mengambil jin untuk meminta bantuan dari segi tenaga dan kekuatan. Agak sedih untuk difikirkan apa yang berlaku dahulu kala, dan sehingga kini juga, masih berlaku. Dengan nama Allah subhanahu wata’ala, saya melihat segala yang berlaku. Terdapat banyak kategori jin ular. Puteri-puteri Jin Ular Laut yang dikenali sebagai Nyi Blorong, Nyi Roro Kidul. Jin Ular Sungai, Jin Ular Gunung, dan pelbagai lagi.

Jin Kera
Diambil dahulu kala untuk menjaga buah-buahan dan dusun agar buah tidak rosak. Dahulu kala tiada baja dan racun seperti zaman sekarang. Manusia hidup dalam kesusahan, kepayahan. Bergantung hidup dengan menjual buah-buahan dan bercucuk-tanam untuk kelangsungan hidup. Di sinilah apabila kesusahan melanda dan ilmu agama agak kurang, manusia akan berpaling meminta bantuan kepada yang lain. Akibat dari jin kera ini, pewaris yang mewarisi akan sering mengalami sakit perut. Jika mereka memasuki rumah, rumah akan sentiasa berbau sampah walaupun tiada sampah. Merasa rumah gelap, kotor, walaupun rumah sudah dicuci. Seisi rumah sering mengalami cirit-birit, perut sering buncit, akan bersifat penakut dan suka menangis dengan tiba-tiba dan juga bersifat sensitif. Jin kera juga mendatangkan penyakit kulit yang teruk, gatal-gatal, berkudis yang tidak sembuh, eczema, psoriasis, asthma, sering sedu, kaki sakit. Bagi pewaris lelaki, perut buncit yang dikenali sebagai “beer belly”. Mereka agak nakal dari segi suka bergurau-senda dengan wanita dan menipu. Keluarga dan saudara-mara sering bergaduh, tidak boleh bersua muka, saling membenci. Sebagaimana sifat kera di alam haiwan. Di sini pegangan agama memainkan peranan penting. Solat lima waktu harus dijaga, begitu juga amalan solat-solat sunat yang lain.

Cukup setakat ini untuk hari ini. InsyaAllah akan saya sambungkan lagi kategori jin-jin dalam status update yang akan datang. Terdapat ratusan kategori jin dan ratusan ribu spesies jin, sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran, ayat 15 surah Nuh,

“Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat.” Dari huraian tafsir Al-Quran, terdapatnya pelbagai makhluk di setiap tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. SubhanAllah. Allah itu Maha Pencipta, Al-Khaliq. Allahuakbar.

“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” 
(Al-Baqarah, ayat 2-3)















Friday, 8 January 2016

Kifarah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Sahabat-sahabat sekalian... Saya harus menjawab satu pertanyaan yang sering kali d ajukan tentang menyimpan atau membuang saka... D sini saya lebih menggunakan perkataan memutuskan perjanjian dan membebaskan kerana mereka ini semuanya d ambil, d seru, ada yang menjadi saka melalui sihir yang d hantar, dan melalui tangkal-tangkal juga.

Allah berfirman di dalam Surah Al-Jin, ayat 6: "Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat."

Jin-jin ini tidak boleh d simpan... Mereka juga berkeluarga dan membiak - ratusan ribu dalam satu satu keluarga... Akibat memasuki badanlah akan mendatangkan berbagai jenis penyakit, seperti yang ditafsirkan daripada ayat 41, surah Shad, "Dan ingatlah akan hamba Kami, Ayyub, ketika ia menyeru Tuhannya; Sesungguhnya aku diganggu setan dengan kepayahan dan siksaan.”

Soalan tentang kita harus yakin d sini saya memainkan peranan bebincang terus dgn mereka kerana saya merawat ke akar umbi... memutuskan perjanjian manusia ke atas mereka. Soalan itu juga menjawab, ya, Manusia harus bepegang bahawa tiada yang hebat selain Allah dan hanya Allah, bukan makhluk.

Kita lihat terlalu banyaknya penyakit barah d kalangan remaja zaman sekarang berbanding zaman dahulu. Kenapa? Dan ratusan kes barah dll saya hadapi kebanyakannya bersangkutan ratusan ribu jin jin yang berada d dalam satu jasad.

Jasad manusia mempunyai 100,000km saluran darah yang jika di hitung, jarak itu adalah 2.5 kali ukurlilit Bumi! Jin dan iblis d cipta Allah dari api dan memasuki jasad Manusia, mereka berbentuk asap dan dgn itu bila berkumpul d satu tempat ia menjadi ketumbuhan dan lebam d bahagian badan tertentu. Dengan ini, bagi kita yang mengetahui keturunan kita mempunyai saka yang diambil oleh nenek moyang ratusan tahun dahulu, haruslah kita bertanggungjawab untuk menguruskannya demi kerana Allah, ketenangan roh-roh generasi terdahulu dan keselamatan generasi akan datang, baik dari segi mental, fizikal mahupun spiritual, yang paling utama, kerana Allah Subhanahu Wata'ala.

Gambar-gambar berikut merupakan sesuatu yang amat memedihkan, tetapi berpeganglah bahawa segalanya berlaku dengan izin Allah, ada sebabnya, ada hikmahknya dan ada kifarahnya... dan siapakah yang menjadi mangsa?




#puterinur #bunian #alamzara #saka #jin #iblis

Secebis ilmu dari Puteri Nur...

Assalamualaikum sahabat sahabat yang d hormati..

Apabila kita merasa diri d sihir sememangnya ia menjadi satu kesakitan dan kemarahan pada diri..siapa, kenapa dan berbagai persoalan negatif muncul dalam diri , hati dan jiwa..😞
D sini kita boleh ambil perkataan sihir itu dengan katakan pada diri Allah sedang menguji aku untuk memberi sesuatu..sesuatu yang lebih hebat yang lebih baik dari kehidupanku sekarang..tidak ada satu makhluk pun yang boleh menyakiti aku tanpa izinku selain Allah yang mengizinkan.

Saya titipkan beberapa surah yang boleh sahabat sahabat cuba baca,.mungkin agak sukar ya..tapi perlahan lahan kita amalkan insyaallah..Surah Al Manzil ialah surah amalan Rasullullah SAW semasa beliau merawat seorang Badwi yang dikatakan gila. Baginda membaca ayat ayat dari 14 surah terpilih dan AlhamduLillah, Badwi tersebut pulih dari gilanya. Bentara ada menyebut kisah ini di dalam postingnya yang lepas...
Baca pada 2 bekas air..satu buat untuk mandi dan satu utk minum..sebaiknya selepas solat..atas sejadah...sebelum minum air yang dah dibacakan ayat ayat manzil itu, bacakan surah Al Kafirun.

Berikut pula Surah Surah Tempur:
1: Al Masad
2: Al Qariah 
3: Ayatul Qursi
4: Al Fil (Al Fil boleh d baca berulang kali utk memecahkn sel kanser sbgnya)
5: Al Mulk (Penyakit bekaitan darah ..samada pneumonia, kanser darah sbgnya)
6: Al Waqiah (96 ayat tentang kiamat..ini boleh baca pada air untuk menempur Pemarah)
7: Surah Al Kahfi (bagi pesakit yang dalam kebuntuan jalan samada mental atau fizikal yakni perniagaan sbgnya)
8: Al Fatir (Surah Malaikat)
9: Al Mukminun (118 ayat..untuk ketenangan)
10: Ar Rad (Surah Petir..kes kes histeria atau merasuk..letak tangan atau jari pada ubun ubun pesakit dan bacakan)
Semoga ini dapat membantu sahabat sahabat sekalian..masa ke semasa akan saya titipkan surah surah yg lain..Al Quran itu Penawar Segalanya..cintaila ia.pegangla ia..insyaAllah
‪#‎puterinur‬ ‪#‎alamzara‬ ‪#‎bunian‬

Hari pertama persekolahan 2016...

Assalamualaikum sahabat sahabat semua..Alhamdulillah harini bermulala sesi persekolahan bagi anak anak kita..kitala pencorak masa depan mereka..juga bagi bekas bekas pesakit saya yang sudah mula dapat bekerja semula..syukur ke hadrat Ilahi : )
Ilmu yang d beri Allah..d pelajari..semakin dalam dan tinggi ilmu harusla kita semakin merasa kerdil,tunduk,tawaduk,syukur..janganla sedjkit pun terdetik perasaan banding membanding..apabila itu muncul d hati bersihkanla ia kerana itu la mulanya sifat bongkak takbur dan riyak yakni sifat sifat tercela..
Sama samala kita mengikut resmi padi..semakin berisi semakin tunduk... Insyaallah

Luahan hati Puteri Nur...

Salam Semua..d sini saya ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan bahawa ada sebabnya kenapa saya tidak boleh berbicara terus dengan pesakit atau sesapa..Saya seorang Perawat dan ramai pesakit yang tidak dapat melihat saya apabila saya keluar dari kereta mereka hanya melihat cahaya....ada juga yang sedang dalam kerasukan dan terus sujud sembah pada saya yang mana agak menyedihkan kerana kita semua sama saja d sisi Allah..ada juga yg terus memanggil saya Tuanku..kesakitan dgn cahaya dan juga mahkota saya yg mana saya pun tktau..segala kes rawatan pihak kami rakam demi keselamtan dan juga bukti.Saya merawat ke akar umbi..bukan tarik kuar sahaja..saya berurusan ke mana mereka harus pergi..matikan perjanjian seluruh keturunan..matikan perjanjian sihir..mematikan sihir saya akn reverse prosesnya bagaimana sihir ratusan tahun itu d hntr..Dalam proses itu saya tidak boleh behubung dgn pesakit kerana Jin Jin ni ada yg menyerang semula..bukan serang saya tetapi serang emosi pesakit..tiba tiba membenci saya dan tidak boleh mendgr nama saya..

Saya tidak pernah merasa ada kelebihan pada diri..segalanya anugerah dari Allah yang saya rasa wajar saya membantu manusia yang memerlukan..dengan izin Allah subhnana wataala jua..

Saya dari kecil d benci manusia..saya redha..saya buat hal saya..saya panjat pokok pokok manggis d kg..berendam d sungai..alam dan haiwan adalah teman rapat saya dan Allah sentiasa ada..

Setelah bertahun tahun merawat saya dah amat faham phychology jin jin n iblis ni..ramai manusia punya pendamping..mereka akan benci dan tidak boleh berdekatan dgn saya..mereka akan dgn mudah menabur fitnah dan bebagai2 lagi..bagi saya,Allah ada..akhirat menanti..mengumpat mengata buruk ttg sesama manusia bukankah dosanya amat besar dan tidak akan terampun dosa selagi tidak dapat kemaafan dari manusia yg kita umpat? 

Saya hanya Ibu Tunggal yg begelut setiap hari menyara anak anak sendirian..kehidupan saya hanyala menjaga solat 5 waktu..lebihkan amal ibadat jika mampu..merawat adalah pekerjaan tetap saya..niat saya hanya satu..kerana Allah..entah esok lusa nyawa saya d ambil..Saya ampunkan mereka yang menfitnah saya..saya redha..Allah subhana wataala melihat pada hati..bukan pada nama pada Title,pangkat atau darjat atau rupa..

Bersederhana la dalam segalanya..tawaduk sentiasa..kita hanya hamba Allah d mana kita semua tetap akan d himpukan d padang Masyhar..

Puteri Nur sudah mula menulis di Facebook

Salam semua sahabat sahabat..bermula hari ini..saya sendiri Puteri Nur akan mula berbicara d laman ini..syukur alhamduLillah..syukur amat ke hadrat Illahi kerana dapat menerima saya seadanya..bagi yang mengenali saya secara peribadi semoga kalian semua sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah Subhanahu Wata'ala dan sentiasa d murahi rezeki sempena Pembuka tarikh 2016...Apabila Kita d beri kesakitan dan kelukaan..segalanya dari kehendak dan keizinan Allah Subhanahu Wata'ala jua..kesakitan dan kelukaan itulah kekuatan sebenarnya..
Kita gunakan kesakitan itu untuk jatuh atau..

BANGUN dari kelukaan

BANGUN untuk memperbaiki diri..

BANGUN kerana Allah sentiasa menanti kita untuk kembali tawaduk kepadaNya..
Pilihan di tangan kita..
Moga Tahun Baru ini memberi sinar baru pada sahabat sahabat..insyaAllah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh smile emoticon