Tuesday, 3 November 2015

Salam bertemu kembali

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdu Lillahi Rabbil'alamin, wabihi nasta'in, lahaulawala quwata illa billah...

Setelah sekian lama tidak bersuara di ruangan fb ini, saya dengan ini membuka semula ruangan ini kepada pesakit-pesakit yang memerlukan bantuan. Maaf dipinta kerana sebelum ini saya terikat dengan beberapa urusan peribadi dan alami.
Puteri Nur merawat pesakit dari semua bangsa dan pegangan agama dengan hanya menyentuh tangan (berlapik bagi yang bukan muhrim) dan beliau dapat melihat apa yang mengganggu atau mendampingi pesakit. Kerapkali juga apa yang berada di dalam pesakit akan bersuara untuk berkomunikasi dengan Puteri Nur. Beliau juga merawat penyakit-penyakit medical dan psychological dengan caranya yang tersendiri.
Kebanyakan kes sihir yang kami rawati, merupakan kes sihir-sihir warisan ratusan tahun dahulu. AlhamduLillah, anugerah Allah subhanahu wata'ala, Puteri Nur dapat mengesan dan melihat bagaimana sihir lama tersebut dibuat, dan dengan izin Allah, dapat mematahkannya dengan reverse process how it was done hundreds of years ago. Sekiranya sihir ini tidak dipatahkan, maka ianya akan diwarisi oleh generasi seterusnya.
InsyaAllah, segalanya berlaku dengan izin dan kehendak Allah Subhanahu Wata'ala...

Berikut adalah rakaman suara terbaru dari Puteri Sari. Di harap anda dapat mendengar rakaman ini dengan fikiran yang terbuka dan semoga secebis maklumat ini dapat sedikit sebanyak membuka fikiran kita... siapakah diri kita... tanggungjawab kita kepada Allah subhanahu wata'ala. Janganlah kita menganiaya dan memfitnah sesama makhluk, kerana dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan.

Wallahu a'lam...

video

Pautan YouTube: