Tuesday, 8 December 2015

Ayat-ayat Manzil

Ayat-ayat Manzil merupakan kumpulan 76 ayat daripada 14 surah-surah di dalam Al-Quran yang telah diajarkan oleh Rasulullah SalAllahu 'Alaihi Wasallam kepada para sahabat sebagai syifa', yakni penawar dan ubat daripada beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani serta sebagai pelindung dari sihir. 
 
Hadith  sahih  mengenai  amalan  ini  terdapat  di dalam kitab HAYATUS-SAHABAH (jilid 3, m.s.374) yang di karang oleh As-Syeikhul  Kabir  Maulana Mohammad Yusuf rah.a ibn Maulana Ilyas rah.a. Hadis  tersebut  di keluarkan oleh  Imam Ahmad, Hakim, dan Tarmidhi rah.a. 

Ubai  bin  Kaab r.a. telah  meriwayatkan ..."Sewaktu  kami  bersama  Rasulullah s.a.w.  seorang  Badwi telah  datang  kepada  Baginda  dan  berkata: "Ya  Rasulullah s.a.w. saya  ada  seorang  saudara yang telah  di timpa penyakit." Baginda s.a.w.  telah  bertanya,"Penyakit  apa?" Jawabnya :"Sejenis gila." Rasulullah  menyuruh  orang  itu  membawa saudaranya. Kemudian baginda Rasulullah s.a.w. telah  membaca  surah-surah  dan  ayat  di bawah  ini:- 

Bacaan    1  : Al-Fatihah
Bacaan    2  : Surah Al-Baqarah ( Surah 2 ) ayat  1 - 5
Bacaan    3  : Surah Al-Baqarah (Surah  2 ) ayat  163
Bacaan    4  : Surah  Al-baqarah (surah 2 ) ayat 255-257
Bacaan    5  : Surah  Al-Baqarah (Surah 2 ) ayat 284-286
Bacaan    6  : Surah  Al-Imran  (Surah 3 ) ayat  18
Bacaan    7  : Surah  Al-Imran  (Surah 3 ) ayat 26-27
Bacaan    8  : Surah  Al-A'raaf ( Surah 7 ) ayat 54-5
Bacaan    9  : Surah  Al-Israa' ( Surah 17 ) ayat 110 -111
Bacaan  10  : Surah  Al-Mu'minuun ( Surah 23 ) ayat  115-118  
Bacaan  11   : Surah  As-saaffaat  (surah 37 ) ayat 1-11
Bacaan  12  : Surah  Ar-Rahman (Surah 55 ) ayat 33-40
Bacaan  13  : Surah  Al-Hasyr (Surah 59 ) ayat 21-24
Bacaan  14  : Surah  Al-Jinn ( Surah 72 ) ayat 1-4
Bacaan  15  : Surah  Al-Kafiruun ( Surah 109 ) ayat 1-6
Bacaan  16  : Surah  Al-Ikhlas ( Surah 112 ) ayat 1-4
Bacaan  17  : Surah  Al-Falaq (Surah 113 ) ayat 1-5
Bacaan  18  : Surah  An-nas ( Surah  114 ) ayat 1-6

Setiap kali sesi rawatan Puteri Nur dijalankan, saya akan membaca ayat-ayat tadi kepada air dan kemudian pesakit akan diberi minum air tersebut. Terdapat juga kes dimana air tadi digunakan untuk memandikan pesakit. SubhanAllah... 

Tuesday, 3 November 2015

Salam bertemu kembali

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdu Lillahi Rabbil'alamin, wabihi nasta'in, lahaulawala quwata illa billah...

Setelah sekian lama tidak bersuara di ruangan fb ini, saya dengan ini membuka semula ruangan ini kepada pesakit-pesakit yang memerlukan bantuan. Maaf dipinta kerana sebelum ini saya terikat dengan beberapa urusan peribadi dan alami.
Puteri Nur merawat pesakit dari semua bangsa dan pegangan agama dengan hanya menyentuh tangan (berlapik bagi yang bukan muhrim) dan beliau dapat melihat apa yang mengganggu atau mendampingi pesakit. Kerapkali juga apa yang berada di dalam pesakit akan bersuara untuk berkomunikasi dengan Puteri Nur. Beliau juga merawat penyakit-penyakit medical dan psychological dengan caranya yang tersendiri.
Kebanyakan kes sihir yang kami rawati, merupakan kes sihir-sihir warisan ratusan tahun dahulu. AlhamduLillah, anugerah Allah subhanahu wata'ala, Puteri Nur dapat mengesan dan melihat bagaimana sihir lama tersebut dibuat, dan dengan izin Allah, dapat mematahkannya dengan reverse process how it was done hundreds of years ago. Sekiranya sihir ini tidak dipatahkan, maka ianya akan diwarisi oleh generasi seterusnya.
InsyaAllah, segalanya berlaku dengan izin dan kehendak Allah Subhanahu Wata'ala...

Berikut adalah rakaman suara terbaru dari Puteri Sari. Di harap anda dapat mendengar rakaman ini dengan fikiran yang terbuka dan semoga secebis maklumat ini dapat sedikit sebanyak membuka fikiran kita... siapakah diri kita... tanggungjawab kita kepada Allah subhanahu wata'ala. Janganlah kita menganiaya dan memfitnah sesama makhluk, kerana dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan.

Wallahu a'lam...

video

Pautan YouTube: