Monday, 4 March 2013

Pakaian sebenar Raja-raja Bunian

SubhanAllah, beginilah pakaian Raja-raja Bunian yang sebenar. Ini adalah Putera Aria, suami kepada Puteri Sari, nenda Puteri Nur. Seperti yang pernah saya jelaskan, nama-nama mereka yang sebenar perlu saya rahsiakan demi keselamatan Puteri Nur. Putera Aria merupakan Raja Bunian yang menguruskan jemaah Bunian ke Mekah. Dia juga bertempur dengan iblis dan jin kafir yang ingkar dan ingin menyesatkan manusia.

Para Bunian tidak berpakaian putih semata-mata. Mereka hanya memakai pakain putih ketika solat. Bunian berpakaian putih, baju kurung, jubah butih itu adalah lakonan jin-jin yang hendak menyesatkan manusia. Di sini juga digambarkan mahkota Bunian yang tumbuh dari kepala ibarat tanduk rusa.

Firman Allah dalam surah As-Sajadah, ayat 4-6, "Allah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara kedua-duanya dalam enam masa, kemudian Dia (Allah) bersemayam (menetapkan pentadbiran-Nya) di atas 'Arash. Tidak ada bagi kamu selain Dia (Allah) seorang penolong pun dan tidak seorang pemberi syafa'at. Maka apakah kamu tidak mengambil peringatan? Dia (Allah) mengatur urusan dari langit kepada bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya (kepada Allah) dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitungan kamu. Demikianlah (Allah) yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, al-‘Aziz (Maha Perkasa), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani)."

2 comments:

  1. Salam.. Saya ingin bertanya kenapa ade seolah-olah lambang macam mata satu di bahagian pakaian tersebut. Bukan kah lambang mata satu ini digunakan orang yahudi sebagai lambang Tuhan mereka iaitu Dajal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, lambang tersebut bukanlah seperti yang saudari sangka. Itu ialah permata yang terdapat di Alam Zara. Putera Aria ialah suami kepada Puteri Sari. Beliau juga telah memberi ilham kepada pihak tertentu untuk mewujudkan sebuah parti Islam yang lambangnya seakan-akan batu permata yang terdapat pada pakaian beliau. Seperkara lagi yang perlu saya jelaskan disini, Dajjal adalah makhluk Allah yang akan muncul di akhir zaman dan ia akan dimusnahkan oleh Imam Mahadi bersama-sama Nabi Isa 'alaihissalam. Wabillahitaufiq walhidayah...

      Delete