Thursday, 28 February 2013

Kebenaran mengenai Bunian II

Para Bunian adalah penyimpan rahsia Allah dan khazanah Dunia dan tujuan Allah mengizinkan perkahwinan antara Bunian dan manusia adalah untuk mendapat manusia kacukan Bunian - satu-satunya, hanya SATU... Bunian hanya diizinkan Allah utk bersuara melalui manusia kacukan Bunian dan hanya inilah masanya! Bukan mudah untuk Puteri Nur kerana dia tidak boleh lagi kena cahaya matahari, boleh berdarah, mendengar pohon-pohon berzikir, mendengar air sungai dan laut berzikir, melihat kedatangan Raja-raja Bunian yg bersayap dan lengkap bersenjata memerangi Iblis setiap hari, tidak boleh menonton tv kerana dengan hanya melihat gambar segala apa makhluk yang mendampingi manusia itu boleh muncul di hadapannya, apa yang bermain di dalam otak dan fikiran manusia dapat didengarnya... Dia hanya boleh duduk d rumah beribadah dan merawat. Sifat Bunian tegas, tidak ketawa. Puteri Nur ingin sahaja menjadi manusia sepenuhnya tetapi sudah takdirnya begitu.

Manusia pula ramai yang ingin sangat menjadi Bunian dan ingin pergi ke alam Bunian... Puteri Nur sendiri khuatir, takut, bimbang dan sedih untuk pergi walaupun hanya sebentar. Namun dia harus menunaikan tanggungjawabnya untuk membantu nendanya memerintah Alam Zara. Di sini juga ingin saya nyatakan tentang mimpi-mimpi manusia di datangi Puteri-puteri dan sebagainya... itu adalah permainan jin dan iblis! Puteri Nur sendiri TIDAK PERNAH bermimpi apa-apa seperti itu. Selepas Puteri Nur dilahirkan, ketika umurnya baru beberapa hari, jasadnya dipenuhi kudis-kudis bernanah. Bapanya telah membawa bayi itu berubat merata-rata. Dia hendak dimusnahkan oleh iblis dan jin kafir. Dia sering diekori sebuah BOLA BERCAHAYA sejak kecil. Dia bersembunyi di bawah meja, menyorok di dalam almari ketika kecil. Sesudah dewasa, dia bertanya dengan ramai ustaz-ustaz tentang bola cahaya itu, tetapi tidak ada seorang ustaz pun yang dapat menjelaskan apakah bola itu. Bola itu tetap mengekorinya walaupun dibacakan surah Yaasin, ayat Kursi, ayat-ayat Manzil dan sebagainya. apabila Puteri Nur berzikir, bola cahaya itu turut berzikir sama. Kini, barulah segala persoalan itu terjawab. Bola cahaya itu sebenarnya ialah cahaya Bunian dan kini jasad Puteri Nur sendiri sudah bercahaya, dan saat kepulangannya ke Alam Zara sudah hampir. Saya adalah saudara rapat kepada Puteri Nur dan saya telah memerhatikan perubahannya baik fizikal, mental mahupun emosional. Perubahan-perubahan ini amat merunsingkan dan menyedihkan saya.

Moyangnya adalah seorang ulama, Ustaz dan Puteri Nur tidak pernah ketahui asal-usul ayahanda kepada moyangnya... tiada gambar tiada apa... beliau adalah Putera Subarshah Sarayana... Bunian... Di sini juga dinyatakan perkahwinan antara Bunian dan manusia tidak melibatkan KAIN KUNING, KAIN BATIK dan sebagainya. Tidak ada apa-apa perantaraan dan segalanya kuasa Allah dan kita sebagai makhluk tidak boleh mempertikaikan ketentuan dan kejadian Allah... Di sini juga ingin saya jelaskan bahawa bagi yang berkahwin dengan Bunian, mereka tidak perlu menanti pasangan mereka pulang di waktu malam, disambut dengan kelambu kuning dan sebagainya. subhanAllah, ini adalah tipudaya jin semata-mata untuk menjatuhkan darjat manusia dan mengagung-agungkan mereka. Fakta ini telah dikhabarkan kepada saya oleh Panglima Utama sendiri. Dia merupakan jin Islam yang bersuara. Saya ada menceritakan tentang Panglima Utama di dalam blog sebelum ini.

Kami telah ke DARUSSYIFA di Bangi bertemu ulama di sana kerana nenda Puteri Nur ingin bersuara dan Ustaz-ustaz di sana amat berterima kasih dengan fakta kebenaran yang di beri oleh nenda Puteri Nur. Ada juga perawat, ulama yang bertemu dengan Puteri Nur, bertanya dan ingin berkongsi ilmu Allah tentang bagaimana cara Puteri Nur merawat. Ingin saya jelaskan di sini bahawa Puteri Nur tidak mempelajari apa-apa kaedah rawatan, sebaliknya apa yang ada adalah semata-mata anugerah dari Allah subhanahahu wata'ala. Ia bukanlah sesuatu yang boleh dipelajari. Pesakit akan mula menunjukkan reaksi apabila hanya memandang Puteri Nur, dan Puteri Nur tidak perlu menggunakan apa-apa perantaraan seperti limau, kemenyan, keris dan sebagainya untuk merawat. Jika manusia itu tidak mempunyai hati yang bersih atau mempunyai pendamping atau saka, tidak suka melihat Puteri Nur. Bersyukurlah manusia dengan nikmat Allah yang diberi selaku kejadian yang paling sempurna, makhluk paling mulia. Gunakanlah akal yang dianugerahkan dengan sebaiknya, dan hormatilah makhluk-makhluk ciptaan Allah yang lain, yang mentaatiNya.

Firman Allah dalam surah Yaasin ayat 81, "Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana ia menciptakan mereka dahulu? Ya! diakui dan dipercayai berkuasa! dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandingan-Nya, lagi Yang Maha mengetahui." Allahuakbar.

No comments:

Post a Comment