Thursday, 28 February 2013

Pakaian Para Bunian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... SubhanAllah, berikut adalah salah satu pakaian sebenar Para Raja Bunian. Mereka bukanlah hanya berserban dan berjubah putih semata-mata. Untuk berperang dengan iblis, mereka lengkap bersenjata dan berperisai. Yang digambarkan di sini adalah adinda ipar kepada nenda Puteri Nur, Puteri Sari. Allahuakbar.


Kebenaran mengenai Bunian II

Para Bunian adalah penyimpan rahsia Allah dan khazanah Dunia dan tujuan Allah mengizinkan perkahwinan antara Bunian dan manusia adalah untuk mendapat manusia kacukan Bunian - satu-satunya, hanya SATU... Bunian hanya diizinkan Allah utk bersuara melalui manusia kacukan Bunian dan hanya inilah masanya! Bukan mudah untuk Puteri Nur kerana dia tidak boleh lagi kena cahaya matahari, boleh berdarah, mendengar pohon-pohon berzikir, mendengar air sungai dan laut berzikir, melihat kedatangan Raja-raja Bunian yg bersayap dan lengkap bersenjata memerangi Iblis setiap hari, tidak boleh menonton tv kerana dengan hanya melihat gambar segala apa makhluk yang mendampingi manusia itu boleh muncul di hadapannya, apa yang bermain di dalam otak dan fikiran manusia dapat didengarnya... Dia hanya boleh duduk d rumah beribadah dan merawat. Sifat Bunian tegas, tidak ketawa. Puteri Nur ingin sahaja menjadi manusia sepenuhnya tetapi sudah takdirnya begitu.

Manusia pula ramai yang ingin sangat menjadi Bunian dan ingin pergi ke alam Bunian... Puteri Nur sendiri khuatir, takut, bimbang dan sedih untuk pergi walaupun hanya sebentar. Namun dia harus menunaikan tanggungjawabnya untuk membantu nendanya memerintah Alam Zara. Di sini juga ingin saya nyatakan tentang mimpi-mimpi manusia di datangi Puteri-puteri dan sebagainya... itu adalah permainan jin dan iblis! Puteri Nur sendiri TIDAK PERNAH bermimpi apa-apa seperti itu. Selepas Puteri Nur dilahirkan, ketika umurnya baru beberapa hari, jasadnya dipenuhi kudis-kudis bernanah. Bapanya telah membawa bayi itu berubat merata-rata. Dia hendak dimusnahkan oleh iblis dan jin kafir. Dia sering diekori sebuah BOLA BERCAHAYA sejak kecil. Dia bersembunyi di bawah meja, menyorok di dalam almari ketika kecil. Sesudah dewasa, dia bertanya dengan ramai ustaz-ustaz tentang bola cahaya itu, tetapi tidak ada seorang ustaz pun yang dapat menjelaskan apakah bola itu. Bola itu tetap mengekorinya walaupun dibacakan surah Yaasin, ayat Kursi, ayat-ayat Manzil dan sebagainya. apabila Puteri Nur berzikir, bola cahaya itu turut berzikir sama. Kini, barulah segala persoalan itu terjawab. Bola cahaya itu sebenarnya ialah cahaya Bunian dan kini jasad Puteri Nur sendiri sudah bercahaya, dan saat kepulangannya ke Alam Zara sudah hampir. Saya adalah saudara rapat kepada Puteri Nur dan saya telah memerhatikan perubahannya baik fizikal, mental mahupun emosional. Perubahan-perubahan ini amat merunsingkan dan menyedihkan saya.

Moyangnya adalah seorang ulama, Ustaz dan Puteri Nur tidak pernah ketahui asal-usul ayahanda kepada moyangnya... tiada gambar tiada apa... beliau adalah Putera Subarshah Sarayana... Bunian... Di sini juga dinyatakan perkahwinan antara Bunian dan manusia tidak melibatkan KAIN KUNING, KAIN BATIK dan sebagainya. Tidak ada apa-apa perantaraan dan segalanya kuasa Allah dan kita sebagai makhluk tidak boleh mempertikaikan ketentuan dan kejadian Allah... Di sini juga ingin saya jelaskan bahawa bagi yang berkahwin dengan Bunian, mereka tidak perlu menanti pasangan mereka pulang di waktu malam, disambut dengan kelambu kuning dan sebagainya. subhanAllah, ini adalah tipudaya jin semata-mata untuk menjatuhkan darjat manusia dan mengagung-agungkan mereka. Fakta ini telah dikhabarkan kepada saya oleh Panglima Utama sendiri. Dia merupakan jin Islam yang bersuara. Saya ada menceritakan tentang Panglima Utama di dalam blog sebelum ini.

Kami telah ke DARUSSYIFA di Bangi bertemu ulama di sana kerana nenda Puteri Nur ingin bersuara dan Ustaz-ustaz di sana amat berterima kasih dengan fakta kebenaran yang di beri oleh nenda Puteri Nur. Ada juga perawat, ulama yang bertemu dengan Puteri Nur, bertanya dan ingin berkongsi ilmu Allah tentang bagaimana cara Puteri Nur merawat. Ingin saya jelaskan di sini bahawa Puteri Nur tidak mempelajari apa-apa kaedah rawatan, sebaliknya apa yang ada adalah semata-mata anugerah dari Allah subhanahahu wata'ala. Ia bukanlah sesuatu yang boleh dipelajari. Pesakit akan mula menunjukkan reaksi apabila hanya memandang Puteri Nur, dan Puteri Nur tidak perlu menggunakan apa-apa perantaraan seperti limau, kemenyan, keris dan sebagainya untuk merawat. Jika manusia itu tidak mempunyai hati yang bersih atau mempunyai pendamping atau saka, tidak suka melihat Puteri Nur. Bersyukurlah manusia dengan nikmat Allah yang diberi selaku kejadian yang paling sempurna, makhluk paling mulia. Gunakanlah akal yang dianugerahkan dengan sebaiknya, dan hormatilah makhluk-makhluk ciptaan Allah yang lain, yang mentaatiNya.

Firman Allah dalam surah Yaasin ayat 81, "Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana ia menciptakan mereka dahulu? Ya! diakui dan dipercayai berkuasa! dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandingan-Nya, lagi Yang Maha mengetahui." Allahuakbar.

Saturday, 9 February 2013

Kebenaran mengenai Bunian



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Wallahi,wabillahi, dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Tiada Tuhan melainkan ALLAH, dan MUHAMMAD adalah UtusanNya. Sesungguhnya, sebelum ALLAH menciptakan Adam ‘alaihissalam, para Malaikat mempersoalkan keputusan itu. Peristiwa ini dicatatkan dalam ayat 30 surah Al-Baqarah,

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

Lalu diciptakanlah Nabi Adam daripada tanah yang telah diambil oleh para Malaikat daripada seluruh pelosok Bumi. Setelah Nabi Adam diciptakan, ALLAH subhanahu wata’ala telah mengarahkan semua makhluk untuk sujud kepada Nabi Adam. Kesemua makhluk akur akan perintah ALLAH subhanahuwata’ala, KECUALI IBLIS. Disebut di dalam surah Al-Baqarah ayat 34,

“Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.”

Iblis atau nama asalnya AZAZIL, telah dicipta daripada nyalaan api dan merupakan makhluk yang amat cantik. Iblis dengan bongkaknya telah berkata, “Mengapa harus aku sujud kepada Adam yang dijadikan daripada tanah, walhal aku telah dijadikan daripada nyalaan api yang cantik?” Oleh kerana keengganannya menurut perintah ALLAH subhanahu wata’ala, Iblis telah ALLAH tukarkan menjadi makhluk yang amat hodoh. Iblis menjadi makhluk pertama daripada kaumnya. Dia amat berdendam kepada Nabi Adam dan telah bersumpah akan menyesatkan keturunan Adam dan Hawa dan memastikan mereka terjerumus ke Neraka. Sumpah iblis telah dinyatakan dalam surah Al-Israa’, ayat 62,

“Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaka hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya)”. 

Permohonan Iblis dinyatakan sekali lagi dalam ayat 14 surah Al-A’raf,

“Iblis menjawab,“Beri tangguhlah aku sampai waktu mereka dibangkitkan”.

ALLAH Maha Pengasih, telah memperkenankan permintaan Iblis, tetapi ALLAH juga Maha Bijaksana. Dia tidak membiarkan Nabi Adam bersendirian di bumi untuk disesatkan oleh Iblis. Oleh itu, ALLAH telah menciptakan para Bunian dalam bentuk manusia, tetapi daripada cahaya – sama seperti Malaikat – dan bukannya daripada tanah. Walaupun begitu, kewujudan para Malaikat daripada cahaya tidak dinyatakan di dalam Al-Quran, sebaliknya daripada satu hadith yang diriwayatkan oleh saidatina Aisyah radhiALLAHu’anha, yang mana Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda,

"Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari api dan Adam diciptakan sebagaimana telah dijelaskan kepada kalian (dari tanah)".  

Para Bunian telah ditugaskan untuk melindungi dan membimbing manusia dan membinasakan iblis serta kaumnya.  Iblis telah berkata, seperti yang telahdinyatakan dalam surah Al-A’raf ayat 12,"Aku lebih baik dari dari dia (Adam), aku diciptakan dari api sementara dia diciptakan dari tanah" dan sekali lagi dalam surah Al-Israa’, ayat61, “Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?”

Setelah berjaya menyebabkan Adam dan Hawa dikeluarkan dari syurga, Iblis yang telah bersumpah akan menyesatkan manusia telah menghasut pula anak Nabi Adam iaitu Qabil. Apabila Adam dan Hawa mempunyai dua pasang cahaya mata kembar, ALLAH subhanahu wata’ala telah memerintahkan Nabi Adam supaya mengahwinkan antara keduanya, iaitu Habil dijodohkan dengan adik Qabil, Iqlima, manakala Qabil pula dengan adik Habil, Labuda. Iblis telah memainkan peranannya dan Qabil tidak bersetuju kerana dia berpendapat bahawa adiknya Iqlima lebih cantik dari Labuda dan ingin memperisterikannya. SubhanAllah, Qabil telah membunuh saudaranya Habil akibat dari hasutan Iblis. Lalu terjadilah pembunuhan pertama di dalam sejarah Manusia. Peristiwa ini telah dinyatakan di dalam Al-Qur’an di dalam surah Al-Ma’edah, ayat 30,

“Maka hawa nafsu Kabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnya, maka jadilah iaseorang di antara orang-orang yang rugi.”

Kejadian ini telah melenyapkan 1/6 daripada populasi manusia ketika itu! MasyaALLAH, bagaimanakah manusia akan terus hidup dan berkembang? ALLAH subhanahuwata’ala telah mengutuskan para Bunian dan jin Islam untuk membantu melindungi Adam ‘alaihissalam dan keluarganya daripada tipu daya dan penyesatan iblis. Para Bunian dan jin Islam telah membantu mengajarkan Adam bagaimana untuk bercucuk tanam dan membina rumah, kerana Adam tidak mengetahui perkara-perkara ini ketika beliau dikeluarkan daripada Syurga. ALLAH Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui telah menciptakan para Bunian dan sejak itu, para Bunian telah mengawasi dan memerhatikan anak Adam, membimbing, membantu dan melindungi mereka daripada iblis dan jin Kafir. Allahuakbar.

Iblis dijadikan daripada api yang panas dan marak, dan amat cepat membiak. ALLAH Maha Mengetahui, diarahkanNya para Malaikat untuk memanah iblis daripada langit ketika petir dan para Bunian pula menewaskan iblis daripada bumi, mendampingi manusia dan membimbing mereka ke arah yang benar. Seperti yang telah dinyatakan di atas, para Bunian dijadikan ALLAH daripada cahaya, sama seperti para Malaikat. Bezanya, para Bunian yang dijadikan dalam bentuk manusia dan makan, minum dan tidur, tidak seperti para Malaikat. Para Bunian tidak disebutkan secara literal di dalam Al-Quran kerana mereka menjadi Rahsia ALLAH, dan turut menyimpan  Rahsia-rahsia ALLAH. Para Bunian tidak memakan daging, kerana memakan daging itu satu pembunuhan kepada mereka. Mereka memakan buah-buahan dan daun-daunan. Bau bunga-bunga memberikan tenaga kepada para Bunian. Manusia sering memanggil para Bunian dengan gelaran “Puteri” dan “Putera”, padahal bukan semua para Bunian adalah berketurunan Raja. Masyarakat Bunian juga mempunyai struktur sosial seperti manusia, yang mempunyai golongan Raja/pemerintah dan rakyat biasa. Para Bunian berpakaian putih, dan Raja-raja Bunian mempunyai mahkota dan bersayap. Seperti yang dinyatakan dalam ayat pertama surah Al-Faatir,

“Segala puji bagi ALLAH yang menciptakan langit dan bumi. Yang menjadikan malaikat sebagai utusan-utusan yang bersayap; dua, tiga dan empat. Dia menambah pada ciptaanNya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya ALLAHMaha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

Para Bunian adalah Islam, dan mereka terdapat di seluruh pelosok dunia, terutamanya di kawasan-kawasan yang mempunyai umat Islam. Terdapat perawat yang didampingi Bunian biasa yang tidak bersayap atau bermahkota. Para Bunian boleh melintas dari satu Alam ke Alam yang lain, tetapi mereka tidak dapat dilihat oleh manusia. Manusia yang dibuka hijabnya mungkin akan dapat melihat Bunian dengan kehendak ALLAH subhanahuwata’ala dan izin para Bunian itu sendiri. Para Bunian mendampingi mereka yang teraniaya dan yang berhati mulia. Ini disokong oleh ayat Al-Qur’an yang bermaksud

“Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi.” (Al-Qasas, ayat 5).

SubhanAllah, dengan kehendak ALLAH para Bunian telah diutuskan untuk membantu kita.

ALLAH subhanahuwata’ala telah mencipta pelbagai Alam, dan setiap Alam mempunyai penghuninya yang sesuai dengan habitat mereka masing-masing. Telah dinyatakan dalam surah Hud ayat 7,

“Dan Dialah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa…”,

dalam surah An-Naba’ ayat 12, “Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?” d

an dalam surah Ash-Shura ayat 29, "Diantara (ayat-ayat) tanda-tandaNya ialah menciptakan langit dan bumi dan makhluk-makhluk yang melata Yang Dia sebarkan pada keduanya. Dan Dia Maha Kuasa mengumpulkan semuanya apabila dikehendaki-Nya.”

Manusia menggelarkan Alam Bunian sebagai Kayangan. Ianya terletak di antara Langit dan Bumi, dan dikenali sebagai Alam Zara. Alam Zara tiada cahaya matahari dan mempunyai kelembapan yang tinggi. Namun begitu, ianya disinari cahaya Bunian itu sendiri. Para Bunian bergerak dengan hujan, dan pelangi yang dilihat selepas hujan sebenarnya adalah kilauan sayap-sayap para Raja-raja Bunian yang berterbangan. Para Bunian juga sering kelihatan sebagai bintang-bintang di langit malam. Selain daripada Alam Nyata (Alam Manusia) dan Alam Zara, terdapat beberapa lagi Alam lain yang didiami oleh makhluk-makhluk yang dijadikan untuknya. Terdapat Alam Jin dan Alam Roh,dan jika dirujuk kepada ayat 12 surah An-Naba’, terdapat 7 petala langit dan 7 petala bumi yang mempunyai Alam-alam yang berbeza. Makhluk daripada satu Alam tidak akan dapat hidup di Alam yang lain kerana perbezaan keadaan atmosfera,cuaca, suhu dan faktor-faktor persekitaran yang lain. Tujuan penciptaan makhluk telah dinyatakan ALLAH subhanahu wata’ala dalam firmanNya dalam surah Ad-Dhariyat,  ayat 56,

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” N

aman begitu, masih ada di kalangan manusia yang ingin memasuki Alam Bunian dan Alam Jin, dengan alasan (diantaranya) untuk mensyukuri nikmat ciptaan ALLAH, padahal Alam Nyata ini masih belum habis diterokai. Begitulah sifat dan sikap manusia,yang menyebabkan para Malaikat mempersoalkan penciptaannya.

Berdasarkan dalil naqli dari ayat surah Ad-Dhariyat di atas juga, terdapat banyak percanggahan maklumat dan salah faham mengenai para Bunian. Di antara miskonsepsi ini termasuklah:

  1. Bunian adalah jin. Ramai yang menyangka bahawa para Bunian adalah daripada kaum Jin. Seperti yang telah dijelaskan di atas, para Bunian dijadikan daripada cahaya sama seperti Malaikat. Jin pula, sebaliknya, dijadikan daripada api. Namun begitu, terdapat banyak kes di mana jin (khususnya jin kafir) menyamar sebagai Bunian. Jin-jin ini memperdaya manusia untuk menyesatkan mereka, pada waktu yang sama menjauhkan manusia daripada didampingi Bunian yang sebenar.
  2. Bunian memberi harta kepada manusia. Kita sering mendengar bahawa ada manusia yang memperolehi batu permata, emas dan perhiasan seperti mahkota dan cincin daripada Bunian. Ini adalah tidak benar sama sekali. Walaupun Bunian merupakan makhluk ALLAH yang paling kaya, tetapi mereka tidak pernah memberikan harta kepada manusia. Bunian membantu manusia dengan memudahkan dan membukakan jalan serta memberikan ilham untuk manusia memperoleh rezeki melalui kaedah-kaedah yang halal. Bunian tidak akan memberikan harta secara fizikal kepada manusia. Manusia yang menerima wang dan harta daripada alah ghaib sebenarnya telah diperdayakan oleh jin dan iblis.
  3. Mahkota Bunian. Terdapat kes di mana manusia mendakwa mereka menerima mahkota Bunian. Perkara ini tidak mungkin berlaku kerana tidak seperti mahkota manusia, mahkota Bunian tidak boleh ditanggalkan. Ianya tumbuh dari kepala bagaikan tanduk rusa. Seperti di atas, mahkota yang diperolehi hanyalah helah jin kafir yang ingin memperdayakan manusia. Harta-harta ini biasanya diperolehi daripada bomoh. Jika difikirkan secara logik, kenapa bomoh itu perlu memberikan harta kepada orang lain? Kenapa dia tidak mengambil harta itu untuk dirinya sendiri? Bunian merupakan mahkluk ALLAH yang warak dan alim, mereka hanya menumpukan masa beribadat kepada ALLAH – solat, zikir – dan bertempur dengan iblis dan jin kafir. Jin kafir akan mengambil harta-harta serta wang dari tanah perkuburan dan tempat-tempat maksiat seperti kasino untuk diberikan kepada manusia.
  4. Bunian menculik anak manusia. Seperti yang telah dijelaskan di atas, ALLAH telah menjadikan pelbagai Alam dengan penghuninya yang unik kepada Alam tersebut. Kita sering terdengar kisah bayi yang hilang didalam kandungan. Terdapat beberapa penjelasan mengenai perkara ini. Secara perubatan, ada satu keadaan yang dikenali sebagai “Vanishing Twin Syndrome” (VTS) atau sindrom kembar yang lenyap. VTS menyebabkan salah satu janin kembar “hilang”. Janin yang telah meninggal di dalam kandungan juga boleh diserap semula oleh badan ibunya dan ini menyebabkan janin itu “hilang”. Ia mungkin juga kes pseudocyesis di mana wanita tersebut mengalami “phantom pregnancy” atau kehamilan palsu. Namun begitu, jika ianya tidak dapat dijelaskan secara perubatan, mungkin bayi tersebut telah diambil oleh para Bunian. Ini adalah kerana perkahwinan antara manusia dan Bunian pernah berlaku. Ianya ada yang menghasilkan zuriat sama ada Bunian sepenuhnya atau manusia sepenuhnya. Dalam kes ini, mungkin ada keturunan si ibu yang pernah berkahwin dengan Bunian, dan kandungannya merupakan Bunian sepenuhnya. Oleh kerana bayi itu Bunian, dia tidak akan kelihatan pada mata kasar dan tidak boleh hidup di Alam Nyata, sepertimana manusia tidak akan boleh hidup di Alam Bunian. Untuk menyelamatkannya, ia diambil oleh para Bunian untuk dipelihara dan dibesarkan di Alam Bunian.
  5. Bunian memunculkan diri kepada manusia. Para Bunian tidak pernah memunculkan diri kepada manusia. Mereka adalah rahsia ALLAH, dan menjadi larangan ALLAH untuk mereka memunculkan diri kepada manusia. Bunian hanya akan menggerakkan hati manusia untuk membantu mendorong mereka ke arah kebaikan.Bunian yang mendampingi perawat juga tidak memunculkan diri, hanya membantu secara rahsia. Dalam kes-kes tertentu, terdapat Bunian biasa yang berkahwin dengan manusia, dan ini memerlukan mereka memunculkan diri, namun hanya pada pasangan masing-masing. Kebanyakan manusia yang pernah melihat Bunian mungkin telah melihat jin yang menyamar sebagai Bunian. Mungkin juga mereka melihat Bunian sebenar dengan tidak sengaja, tetapi Bunian tidak boleh memunculkan diri kepada manusia.
  6. Gambaran para Bunian. Para Bunian sering digambarkan memakai pakaian putih, berjubah dan berbaju kurung. Mereka sering digambarkan sebagai makhluk yang lemah-lembut, menghabiskan masa di tepi sungai, mandi dan menyanyi. Gambaran ini adalah kurang tepat. Para Bunian adalah panglima perang dan pahlawan yang setiap hari bertempur dengan iblis dan jin kafir. Mereka sentiasa bersenjata dan dilengkapi pakaian perisai, kecuali ketika tidak bertempur. Para Bunian tidak berjenaka sebaliknya sentiasa serius di dalam menjalankan tugas mereka. Tidak dinafikan para Bunian merupakan makhluk yang ihsan dan belas kasihan tetapi mereka juga amat tegas, bijak dan berpandangan jauh. Mereka dikurniakan kuasa sakti oleh ALLAH subhanahu wata’ala untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai pelindung, pembimbing dan penyimpan Rahsia-rahsia ALLAH.
Para Bunian telah mendampingi manusia sejak awal lagi. Mereka menjaga dan mendampingi manusia sejak zaman Nabi Adam. Mereka terlibat dalam peperangan menentang kekufuran dan ketidakadilan. Mereka ada ketika zaman Yunani purba, Perang Dunia Kedua sehingga kini. Para Bunian mula mendampingi manusia di Malaya ini sebelum Perang Dunia Kedua. Mereka telah mendampingi Teuku Nyak Puteh, ayahanda kepada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, untuk memberi amaran bahawa Jepun akan menyerang Malaya. Namun begitu, amaran mereka tidak diendahkan dan Jepun telah menakluki Malaya. Selepas itu, para Bunian mendampingi pula P.Ramlee. Kehidupannya ketika itu sukar. Dia hanya seorang tukang sapu yang membantu di balik tabir. Dengan bantuan para Bunian, P.Ramlee telah meraih populariti dan telah berlakon serta mengarahkan 66 buah filem serta terlibat di dalam lebih 360 buah lagu pada usia yang muda. Para Bunian telah memberi ilham kepada P.Ramlee untuk menerbitkan kisah-kisah yang memaparkan istana Bunian serta kehidupan para Bunian supaya dia dapat menceritakan kebenaran mengenai para Bunian. Namun begitu, P.Ramlee telah mangubah beberapa perkara mengikut citarasanya, khasnya cara berpakaian dan tarian para Bunian. Stereotaip inilah yang telah digunakan oleh penerbit-penerbit filem dan cereka yang seterusnya untuk menggambarkan para Bunian. Filem-filem seperti PanchaDelima dan Sumpah Orang Minyak diinspirasikan oleh para Bunian, dan begitu juga dengan kebanyakan lagu yang diciptanya, khususnya Istana Bunian. Malangnya,para Bunian telah menjauhkan diri daripada P.Ramlee setelah beliau melakukan sesuatu yang tidak disukai para Bunian.  P.Ramlee pernah memanggil semula para Bunian untuk mendampinginya, tetapi para Bunian tidak dapat berbuat demikian kerana perbuatan beliau. Oleh itu, karier seni P.Ramlee semakin menjunam dan akhirnya beliau meninggal dunia seawal usia 44 tahun pada tahun 1973. Setelah itu, ramai pembikin filem mengambil idea mengenai para Bunian dan menggarapkan imej yang berbeza bagi makhluk-makhluk suci ini. MasyaAllah.

Kini, hampir 40 tahun setelah Allahyarham Tan Sri P.Ramlee meninggalkan kita, para Bunian telah memunculkan diri mereka sekali lagi. Kali ini, para Bunian telah boleh berbicara secara terus melalui waris terakhir Putera Nara iaitu Puteri Nur, satu-satunya manusia kacukan Bunian. Melaluinya,para Bunian telah dapat menyampaikan kebenaran. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, banyak jin kafir yang telah menganiaya para Bunian, menyesatkan manusia dan menjauhkan mereka daripada para Bunian. Inilah peperangan yang tidak dilihat yang telah berlaku sejak awal penciptaan Manusia. SubhanAllah. Begitulah Kebesaran ALLAH. Telah menjadi tugasnya untuk mendedahkan kebenaran mengenai para Bunian. Makhluk ALLAH ini tidak menyakiti atau menganiaya. Sebaliknya,merekalah yang membantu mengajar Nabi Adam – bersama-sama kaum jin Islam –bercucuk tanam dan membina rumah. Para Bunian turut membantu Nabi Nuh membina bahteranya. Mereka turut membantu Nabi Ibrahim membina semula Kaabah. Apabila Nabi Musa dihanyutkan di Sungai Nil oleh bondanya untuk menyelamatkannya, para Bunian dan jin Islam telah mendorong Nabi Musa ke istana Firaun. Kisah ini telah disebut di dalam surah Al-Qasas, ayat 7,

“Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: "Susukanlah dia dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun),maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami.”

Bunian jugalah yang telah disebut di dalam kisah Nabi Sulaiman yang ingin mengalihkan takhta Puteri Balqis, seperti yang telahdisebut di dalam ayat 40 surah An-Naml,

“Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!”

Sesetengah terjemahan menyatakan “orang alim”. “Orang” yang dimaksudkan di sini adalah Bunian. Para Bunian turut hadir ketika pertempuran dan peperangan di zaman Nabi Muhammad salallahu’alaihiwassallam bersama-sana dengan para Malaikat dan kaum Jin Islam, khususnya ketika Perang Badar.

Para Bunian, Jin Islam dan para Malaikat – Tentera-tenteraALLAH – bertempur setiap hari menentang iblis dan jin kafir. Oleh itu, kaum jin kafir menggunakan pelbagai taktik untuk menyesatkan Manusia, termasuk menyamar sebagai Bunian! Ini merupakan peperangan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sebagai Muslim, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kita untuk menegakkan enam Rukun Iman dan lima Rukun Islam. Wallahi, wabillahi, begitulah kebenaran mengenai Bunian. Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.