Wednesday, 27 June 2012

Kisah Riangga...

Assalamu'alaikum, dengan izin Allah kita bertemu lagi. SubhanAllah. SubhanAllah. SubhanAllah. Kali ini aku ingin menitipkan kisah Riangga, seorang penari istana Majapahit. Siapa Riangga? Apa yang istimewa mengenainya? Kalau nak tahu, Riangga ialah nama sebenar Puteri Gunung Ledang. Puteri Ratna Dumillah hanyalah nama yang diberikan oleh Sultan kepadanya. Setiap kali Puteri Sari bercerita mengenai Riangga, pasti air matanya berderai. SubhanAllah. Kisah berikut aku terima daripada Puteri Sari...

Riangga merupakan seorang penari istana yang kecantikannya diidamkan segala raja yang pernah melihatnya. Tariannya yang mempersona membuatkan beliau menjadi buruan. Namun, kasihan, Riangga telah diperkosa Bendahara Majapahit. Beliau mendapat anak kembar, keduanya puteri. Pada zaman itu, anak penzina akan dibunuh. Walaupun Riangga diperkosa, tetapi anak-anaknya tetap dianggap anak zina. Riangga digilai Sultan Melaka yang taksub kepada wanita. Tapi baginda hanya hendakkan Riangga, bukan anak-anaknya.

Kononnya Hang Tuah bercinta dengan Puteri Gunung Ledang atau nama sebenarnya Riangga... SubhanAllah, tidak benar! Hang Tuah hanya inginkan tubuh Riangga. Kesian Riangga, dah lah Bendahara Majapahit memperkosanya, Hang Tuah pulak memperdayanya untuk mendapatkan tubuhnya. MasyaAllah, Hang Tuah sebenarnya manusia keji yang bertuhankan senjata. Dia tak ada apa-apa, kehebatannya hanya pada kerisnya yang dihuni jin kafir bernama Taming Sari. Ya, Taming Sari ialah nama jin kafir yang menginap di dalam keris Hang Tuah. Jin pertama yang menginap di dalam keris. Dia harus dijamu darah, kalau tidak pemiliknya boleh jadi gila. Itu yang diagung-agungkan orang. Astaghfirullah. Antara Tuah lima bersaudara, Jebat amat bengis, Lekiu dan Kasturi tak boleh diharap. Cuma Hang Lekir yang boleh dikatakan bijaksana. AlhamduLillah, beliau belajar agama Islam dari pedagang-pedagang Turki yang datang berdagang di Melaka. Masa itu tidak ramai pendakwah, jadi masyarakat masa itu amat jahil dengan agama Islam. Yang kuat berkuasa, yang lemah ditindas. MasyaAllah.

Hang Lekir, bersama Bendahara Melaka telah menyelamatkan Riangga dan anak-anaknya dan membawa mereka lari ke Ledang. Di sana, Riangga memohon kepada Allah ta'ala supaya kaum Bunian dizahirkan kepadanya. SubhanAllah, permohonan Riangga telah diperkenankan Allah, maka kaum Bunian menzahirkan diri kepada Riangga. Mereka kesiankan Riangga kerana dia telah banyak teraniaya. Mereka telah membawa Riangga bersama kedua puterinya ke alam Bunian. Tapi manusia biasa tidak boleh bertahan lama dalam alam Bunian. Oleh itu, Riangga telah dikahwinkan dengan seorang Bunian dan kaum Bunian telah mengurniakan sedikit kuasa mereka kepada Riangga. AlhamduLillah, Riangga masih hidup sehingga kini, dan berada di alam Bunian. Kedua puterinya juga sudah dewasa dan berkahwin dengan Bunian juga. Puteri-puteri Riangga juga pandai menari, macam ibu mereka. SubhanAllah.

Wallahi, aku mencoretkan kisah ini kerana ini merupakan permintaan Riangga. Beliau ingin semua orang tahu bahawa Hang Tuah bukanlah seperti yang disangkakan. Sampai orang nak sembah kubur Hang Tuah. Astaghfirullah. Buat apa? Hang Tuah manusia keji yang bertuhankan senjata. Seru jin Taming Sari untuk menginap didalam kerisnya supaya senjatanya hebat. Mempermainkan Riangga yang dah teraniaya, memperdayakannya untuk memuaskan nafsu semata-mata... Lailahaillallah. Semoga Riangga dapat merasakan ketenangan...

Sehingga bertemu di lain masa, sekian, wabillahitaufiq walhidayah, wassalam.

10 comments:

  1. Bila hang tuah sudah tiada.....kita tidak berhak menilai dia kerana dia sudah berada di dalam ilmu illahi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam En Ramli. Saya tidak memberitahu Puteri Nur tentang comment encik. Saya hanya memberi nama. Puteri mengatakan encik bermisai dan berkaca mata. Seorang yang berhati mulia, tenang dan penyabar. Sukakan kedamaian dan kuat berfikir. Puteri turut mengatakan encik suka makanan berempah. Kadang-kadang suka berjenaka.

      Delete
  2. Assalamualaikum. SubhanAllah, sebagai hamba Allah, kita tidak boleh berkata buruk atau membuka aib sesiapa, tetapi di dalam hal ini, saya terpaksa kerana Riangga sering menangis meminta supaya kebenaran dibuka. Banyak tentang sejarah Malaysia yang telah tersalah. Hanya cerita dari mulut ke mulut yang tidak diketahui kebenaran dan puncanya. Saudara dipersilakan untuk bertemu dengan Puteri Nur. Beliau merawat manusia seikhlasnya dari gangguan sihir, iblis, jin-jin kafir, santau dan pelbagai penyakit lagi. Puteri Nur tahu 99 rahsia Allah. Beliau manusia kacukan bunian. Dunia kita sudah tidak lama, saudara. Satu per satu akan dibukakan sebelum kemunculan Dajjal. Allahuakbar. Allah Maha Kaya, Maha Mengetahui. Kejadian Puteri Nur ada sebabnya.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. tak berani nak berkata2 apa2 tuan ttg hal ni...inshaAllah lama kelamaan akan terbuka juga kebenaran..mudah-mudahan ya...
    Alhamdulillah juga di pertemukan dgn blog ni...harap ada manfaatnya..inshaAllah...

    ReplyDelete
  5. Salam..
    satu fakta /kbenaran yng megejutkan..MAsyaAllah..

    ReplyDelete
  6. subahanallah.menitik air mata saya membaca kisah anda dedahkan. Terima kasih kerana dedahkan

    ReplyDelete
  7. Sedih sy dgr cerita ni.sy pun x tau la knpa org selalu mengagung-agungkan hang tuah 2.kalu la semua rakyat malaysia tahu akan cerita sebenar ni baru la sejarah akan dicatatkan dan diajar dgn betul kepada generasi akan datang.satu persoalan sy smpi sekarang yg blm saya fahami,kalu blh encik terangkan kpd sy blh x?btl ke keris taming sari 2 ada dlmsimpanan sultan perak atau telah dibuang ke dlm sg.melaka?kalu ada dimana ia berada skrg dan berapa usia sebenar keris taming sari 2?sbb sy bc dlm buku keris taming sari 2 sebenarnya nama panglima majapahit yg kalah semasa bertarung dgn hang tuah.hrp encik dpt merungkai permasalahan ini.sekian terima kasih kerana sudi membaca komen sy ni.assalamualaikum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamu'alaikum saudara, terima kasih kerana membaca dan bertanya. Taming Sari sebenarnya ialah jin kafir yang telah diseru dan dipuja untuk menginap di dalam sebilah keris. Keris itu asalnya tiada apa-apa keistimewaan, tetapi manusia memujanya supaya jin itu memberikan kekuatan dan kehebatan kepada si pemakainya. Kerana itulah keris dan senjata-senjata lain diperasap kemenyan, dibalut kain kuning dan sebagainya. Terdapat beberapa kisah mengenai di mana keris itu sekarang. Para Bunian merupakan rahsia Allah yang menyimpan segala khazanah Dunia. Para Bunian telah mengeluarkan jin itu daripada keris yang hanyalah sebilah besi buruk dan kini keris itu dalam simpanan Para Bunian. Cuba kita berfikir sejenak... Manusia pada zaman itu lebih besar dan tinggi daripada manusia sekarang. Secara relatifnya, senjata mereka sudah tentu lebih besar. Keris yang ada di dalam simpanan Istana Perak itu bukan keris yang sebenar. Saiz keris Taming Sari yang sebenar jauh lebih panjang dan ia mempunyai banyak luk.

      Para Bunian merupakan penyimpan khazanah Dunia. Tongkat Nabi Musa, keris Taming Sari, batu 'Ten Commandments' yang telah diturunkan kepada Nabi Musa merupakan antara khazanah Dunia yang disimpan oleh Para Bunian. Tujuan khazanah-khazanah ini disimpan diantaranya adalah untuk mengelakkan manusia daripada berlaku syirik dan menduakan Allah. Iblis dan jin kafir sememangnya bertujuan untuk menyesatkan manusia. Salah satu cara mereka memperdaya manusia adalah supaya manusia bergantung dengan selain daripada Allah subhanahu wata'ala dan membawa kepada syirik. Firman Allah dalam ayat 6, surah Jin, "Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat." Perbuatan ini bukan sahaja mengundang dosa kepada manusia yang menyeru jin itu, malah jin itu juga turut berdosa kepada Allah kerana mendampingi manusia.

      Di harap saudara dapat mendengar rakaman perbualan bersama Puteri Sari di Youtube dan juga Kebenaran mengenai Harta Bunian. Juga, sila add saya di Facebook. Dengarkan dan tonton juga rakaman-rakaman video di wall Facebook saya. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

      Delete
  8. Terima kasih encik bentera tujuh sbb sudi memberikan jawapan terhadap persoalan sy selama ini...sy sentiasa follow perkembangan blog n facebook encik...assalammualaikum..

    ReplyDelete