Wednesday, 27 June 2012

Kisah Riangga...

Assalamu'alaikum, dengan izin Allah kita bertemu lagi. SubhanAllah. SubhanAllah. SubhanAllah. Kali ini aku ingin menitipkan kisah Riangga, seorang penari istana Majapahit. Siapa Riangga? Apa yang istimewa mengenainya? Kalau nak tahu, Riangga ialah nama sebenar Puteri Gunung Ledang. Puteri Ratna Dumillah hanyalah nama yang diberikan oleh Sultan kepadanya. Setiap kali Puteri Sari bercerita mengenai Riangga, pasti air matanya berderai. SubhanAllah. Kisah berikut aku terima daripada Puteri Sari...

Riangga merupakan seorang penari istana yang kecantikannya diidamkan segala raja yang pernah melihatnya. Tariannya yang mempersona membuatkan beliau menjadi buruan. Namun, kasihan, Riangga telah diperkosa Bendahara Majapahit. Beliau mendapat anak kembar, keduanya puteri. Pada zaman itu, anak penzina akan dibunuh. Walaupun Riangga diperkosa, tetapi anak-anaknya tetap dianggap anak zina. Riangga digilai Sultan Melaka yang taksub kepada wanita. Tapi baginda hanya hendakkan Riangga, bukan anak-anaknya.

Kononnya Hang Tuah bercinta dengan Puteri Gunung Ledang atau nama sebenarnya Riangga... SubhanAllah, tidak benar! Hang Tuah hanya inginkan tubuh Riangga. Kesian Riangga, dah lah Bendahara Majapahit memperkosanya, Hang Tuah pulak memperdayanya untuk mendapatkan tubuhnya. MasyaAllah, Hang Tuah sebenarnya manusia keji yang bertuhankan senjata. Dia tak ada apa-apa, kehebatannya hanya pada kerisnya yang dihuni jin kafir bernama Taming Sari. Ya, Taming Sari ialah nama jin kafir yang menginap di dalam keris Hang Tuah. Jin pertama yang menginap di dalam keris. Dia harus dijamu darah, kalau tidak pemiliknya boleh jadi gila. Itu yang diagung-agungkan orang. Astaghfirullah. Antara Tuah lima bersaudara, Jebat amat bengis, Lekiu dan Kasturi tak boleh diharap. Cuma Hang Lekir yang boleh dikatakan bijaksana. AlhamduLillah, beliau belajar agama Islam dari pedagang-pedagang Turki yang datang berdagang di Melaka. Masa itu tidak ramai pendakwah, jadi masyarakat masa itu amat jahil dengan agama Islam. Yang kuat berkuasa, yang lemah ditindas. MasyaAllah.

Hang Lekir, bersama Bendahara Melaka telah menyelamatkan Riangga dan anak-anaknya dan membawa mereka lari ke Ledang. Di sana, Riangga memohon kepada Allah ta'ala supaya kaum Bunian dizahirkan kepadanya. SubhanAllah, permohonan Riangga telah diperkenankan Allah, maka kaum Bunian menzahirkan diri kepada Riangga. Mereka kesiankan Riangga kerana dia telah banyak teraniaya. Mereka telah membawa Riangga bersama kedua puterinya ke alam Bunian. Tapi manusia biasa tidak boleh bertahan lama dalam alam Bunian. Oleh itu, Riangga telah dikahwinkan dengan seorang Bunian dan kaum Bunian telah mengurniakan sedikit kuasa mereka kepada Riangga. AlhamduLillah, Riangga masih hidup sehingga kini, dan berada di alam Bunian. Kedua puterinya juga sudah dewasa dan berkahwin dengan Bunian juga. Puteri-puteri Riangga juga pandai menari, macam ibu mereka. SubhanAllah.

Wallahi, aku mencoretkan kisah ini kerana ini merupakan permintaan Riangga. Beliau ingin semua orang tahu bahawa Hang Tuah bukanlah seperti yang disangkakan. Sampai orang nak sembah kubur Hang Tuah. Astaghfirullah. Buat apa? Hang Tuah manusia keji yang bertuhankan senjata. Seru jin Taming Sari untuk menginap didalam kerisnya supaya senjatanya hebat. Mempermainkan Riangga yang dah teraniaya, memperdayakannya untuk memuaskan nafsu semata-mata... Lailahaillallah. Semoga Riangga dapat merasakan ketenangan...

Sehingga bertemu di lain masa, sekian, wabillahitaufiq walhidayah, wassalam.

Friday, 1 June 2012

Kebenaran tentang Puteri Nur

Assalamualaikum, dengan izin Allah kita bersua lagi. Aku pelik kerana sering dimarahi dengan teruk oleh Puteri Sari kalau aku tak jaga Puteri Nur betul-betul. Puteri Sari tak izinkan Puteri Nur bersendirian kerana katanya terlalu banyak jin kafir dan iblis ingin memusnahkan Puteri Nur. Pada mulanya aku tak faham, kenapa sampai dia kata kalau sekali lagi aku tak jaga Puteri Nur betul-betul, dia akan bawa Puteri Nur pulang ke alamnya. Sehingga pada satu hari, Puteri Sari memerintahkan supaya Puteri Nur dibawa ke sebuah kawasan air terjun. Di sana, Puteri Sari telah membuka rahsia sebenar siapa Puteri Nur.

Puteri Nur rupanya waris terakhir Putera Nara, kekanda kepada Puteri Sari. Dia sebenarnya manusia dan bunian! Jasad Puteri Nur adalah manusia, tetapi dia diselaputi cahaya berwarna kuning iaitu cahaya Bunian. Mereka yang telah dibuka hijabnya boleh melihat cahaya ni. Begitu juga dengan ulama yang pernah merawat Puteri Nur. Mereka tahu siapa dia sebenarnya. Kejadian Puteri Nur adalah sesuatu yang mustahil, tetapi Allah Maha Kuasa, ada sebabnya. Puteri Nur adalah utusan Allah yang manusia akan tahu tidak lama lagi. Puteri Nur satu-satunya kacukan manusia dan bunian yang ada. Perkahwinan antara manusia dan bunian selalunya akan menghasilkan manusia terus atau bunian terus. Tapi Puteri Nur memiliki kedua-dua ciri manusia dan bunian.

Kuasa sakti yang dimiliki Puteri Nur sekarang tiada tandingnya, termasuk ulama-ulama yang telah melihatnya terkejut dengan kuasa yang ada pada Puteri Nur. Bagi manusia yang ingin dirawat oleh Puteri Nur, atau hanya mahu menilik nama, Puteri Nur baru hendak mengambil wuduk sahaja pesakit itu sudah mula menangis dan menggigil. Puteri Nur harus mempunyai wuduk apabila merawat. Puteri Nur boleh melihat segala roh, qarin, iblis atau jin-jin yang ada bersama pesakit itu.

Hari demi hari Puteri Nur melalui perubahan dari manusia ke bunian. Tabiat pemakanannya, perilakunya, perwatakannya, makin hari makin 'bunian'. Dia dah jadi semakin pendiam, kurang bergerak, lebih banyak beribadat & berzikir, dia dah tak nak berhubung dengan manusia. Handphone nya pun dah dimatikan. Aku dipertanggungjawabkan untuk menjaga makan-minumnya, uruskan singgahsana. Satu hari aku tengok dia terbaring, aku ingat dia penat buat kerja. Tiba-tiba nendanya Puteri Sari muncul. Puteri Sari bagitau aku kalau manusia berehat akan dapat tenaga, tetapi kalau bunian tak bergerak tu maknanya dah takde tenaga. Kalau dibiarkan boleh meninggal! Aku bergegas keluar ambil bunga mawar dan melur, dan terus bagi pada Puteri Nur. Alhamdulillah, selepas menghidu bunga, barulah dia segar sikit. Seperti yang aku cakap dulu, bunga merupakan tenaga kepada bunian. Sekarang Puteri Nur pun dah macam tu.

Sekian dahulu, wassalam.

*Assalamualaikum para pembaca sekalian, ingin saya mempelawa saudara/saudari untuk membaca artikel terkini di blog ini, "Kebenaran mengenai Bunian" dan "Kebenaran mengenai Bunian II" untuk mendapat maklumat terkini mengenai Para Raja-raja Bunian. Wassalam.