Sunday, 20 May 2012

Kewujudan Bunian

Assalamualaikum, kita bertemu lagi dengan kehendak Allah SWT. Tujuan hamba menitipkan kisah-kisah ini adalah untuk menjelaskan mengenai jin dan bunian yang sering disalahertikan oleh manusia. Hamba mendapat maklumat terus daripada sumbernya, iaitu kaum Bunian dan Jin Islam. Maklumat ini dikuatkan dengan fakta daripada kitab-kitab dan ulama-ulama yang hamba pernah temui.

Di kesempatan ini ingin hamba titipkan sedikit mengenai asal-usul bunian. Terdapat beberapa teori yang telah hamba baca mengenai kewujudan bunian ini. Salah satu daripadanya menyatakan bahawa bunian merupakan zuriat hasil daripada perkahwinan antara manusia dan jin. Ini adalah tidak benar sama sekali. Di dalam kitab feqah ada dinyatakan bahawa perkahwinan di antara jin dan manusia adalah haram. Panglima Utama turut menjelaskan bahawa perkahwinan di antara jin dan manusia adalah mustahil kerana manusia dan jin tidak sama sekali bentuk fizikal mereka. Beliau menggunakan contoh dirinya sendiri, jin harimau. Katanya mana mungkin harimau berkahwin dengan manusia? Hamba telah dijelaskan mengenai asal kewujudan bunian oleh Puteri Sari sendiri. Beliau merupakan puteri bunian yang mempunyai kerajaan di alamnya. Menurut beliau, bunian merupakan ciptaan Allah yang hampir sama dengan malaikat. Mereka turut dijadikan daripada cahaya. Tujuan mereka diciptakan adalah untuk membantu manusia di bumi.

Ketika nabi Adam AS diciptakan, Allah telah memerintahkan sekalian makhluk untuk sujud kepada nabi Adam. Semua makhluk telah menurut perintah Allah kecuali Azazil. Dia kemudiannya dimurkai Allah dan sebagai hukumannya, dia dihantar ke bumi. Namun begitu, Allah telah memperkenankan permintaannya untuk menyesatkan kaum manusia di bumi. Azazil kemudiannya dikenali sebagai Iblis. Asalnya merupakan makhluk tercantik dan terpandai, disumpah menjadi hodoh dan mengerikan. Nabi Adam juga telah dihantar ke bumi bersama Hawa. Allah Maha Bijaksana, diciptakanNya bunian untuk membantu manusia di bumi. Kewujudan bunian telah dirahsiakan dan tidak disebut di dalam Al-Quran namun mereka telah diutus bersama jin Islam untuk membantu manusia dan menentang iblis serta jin kafir. Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan manusia sendirian di bumi. Lihat sahaja kisah Habil dan Qabil yang telah berbunuhan sesama mereka. Bunian dan jin Islam telah ditugaskan untuk membantu umat manusia supaya dapat meneruskan kemandirian mereka.

Bunian akan mendampingi mereka yang terlalu teraniaya dan membantu mereka untuk meneruskan kehidupan. Secara fizikalnya, bunian menyerupai manusia. Namun bunian tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Oleh itu, perkahwinan antara manusia dan bunian boleh terjadi dan ada disebut di dalam kitab. Bunian diberikan kelebihan-kelebihan dan kuasa tertentu oleh Allah SWT supaya mereka dapat menjalankan tugas mereka terhadap manusia. Selain itu, tugas bunian ialah untuk beribadat kepada Allah. Mereka merupakan golongan alim ulama yang arif tentang agama. Mereka juga diberi kuasa untuk melihat masa lampau dan masa hadapan. Ungkapan yang menyatakan bahawa bunian adalah syaitan adalah tidak benar sama sekali. Bunian dijadikan dari cahaya. Mereka hampir sama kejadiannya dengan malaikat tetapi telah ditugaskan untuk mendampingi manusia yang teraniaya. Jangan terpedaya dengan golongan jin kafir dan iblis yang sering menyamar sebagai bunian untuk memperdaya manusia. Bunian suci, bersih dan tertib. Tidak mungkin bunian akan meminta yang bukan-bukan atau bercakap yang tidak benar. Hamba harap titipan hamba ini dapat sedikit sebanyak mengurangkan kekeliruan yang telah dihadapi manusia selama ini. Sehingga bertemu lagi, wassalam...

*Assalamualaikum para pembaca sekalian, ingin saya mempelawa saudara/saudari untuk membaca artikel terkini di blog ini, "Kebenaran mengenai Bunian" dan "Kebenaran mengenai Bunian II" untuk mendapat maklumat terkini mengenai Para Raja-raja Bunian. Wassalam.

4 comments:

  1. Terima kasih dan maklumat berharga

    ReplyDelete
  2. salam, boleh saya dapatkan no telifon atau email tuan, saya ingin meminta bantuan dan penjelasan tentang bunian dari tuan. sebab saya mempunyai kaitan dengan bunian. tolong emailkan pada saya. nizameqtech@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, sila add saya di Facebook (Bentara Tujuh) atau email pg5bntr7@gmail.com. Wassalam.

      Delete
  3. Terima kasih sebab kongsikan pengetahuan ini, alhamdulillah jawapan yang saya cari selama ini terjawab. Saya sangat berterima kasih pada Haji Muhammad, saya baca dari buku Mastika, dari situ saya cari lagi maklumat tentang Bunian & alhamdulillah jumpa, terima kasih sekali lagi Haji Muhammad.

    ReplyDelete